Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Haji > Bab Keterangan Tentang Bersaie Di Antara Safa Dan Marwah Merupakan Salah Satu Dari Rukun Rukun Haji Serta Tidak Sah Tanpa Melakukannya
    Hadis Saidatina Aisyah r.a: Diriwayatkan daripada Urwah r.a katanya: Aku berkata kepada Saidatina Aisyah r.a: Aku fikir, jika seseorang tidak bersaie antara Safa dan Marwah tidak mengapa. Dia bertanya: Kenapa? Aku menjawab: Kerana Allah s.w.t telah berfirman: إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ Yang bermaksud: Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah sebahagian dari syiar-syiar Allah. Sehingga ke akhir ayat. Beliau berkata: Allah tidak menganggap sempurna Haji atau Umrah seseorang yang tidak bersaie antara Safa dan Marwah. Kalaulah benar seperti katamu itu, pasti tidak dikira satu kesalahan jika tidak bersaie di antara kedua tempat tersebut. Tahukah kamu perkara itu? Sesungguhnya pada zaman jahiliah golongan Ansar memuji dua berhala yang berada di tepi laut yang bernama Isaf dan Naailah. Kemudian mereka datang lalu bersaie antara Safa dan Marwah seterusnya mereka mencukur rambut. Setelah kedatangan Islam, mereka enggan bersaie di kedua tempat tersebut sebagaimana kebiasaan mereka lakukan pada masa jahiliah. Lalu Allah s.w.t menurunkan firman-Nya: إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ Yang bermaksud: Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah sebahagian dari syiar-syiar Allah. Sehingga akhir ayat. Tambah beliau lagi: Bersaielah kamu di antara keduanya.info
    Hadis Anas r.a katanya: Golongan Ansar enggan bersaie di antara Safa dan Marwah sehinggalah turun ayat: إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ فَمَنْ حَجَّ البَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِ أَنْ يَطَّوَّفَ بِهِمَا Yang bermaksud: Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah sebahagian dari syiar-syiar Allah. Maka sesiapa yang mengerjakan Haji ke Baitullah atau mengerjakan Umrah, hendaklah bersaie di antara keduanya.info
webmaster@mymasjid.net.my