Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Haji > Bab Diharuskan Tawaf Dengan Menunggang Unta Dan Sebagainya Serta Mengucup Hajarulaswad Dengan Isyarat Menggunakan Tongkat Yang Berkepala Bengkok Atau Seumpamanya Bagi Orang Yang Menunggang Binatang
    Hadis Ibnu Abbas r.a: Rasulullah s.a.w telah melakukan Tawaf dengan menunggang unta semasa Haji Wida'. Baginda juga mengucup rukun dengan isyarat menggunakan tongkat yang berkepala bengkok.info
    Hadis Ummu Salamah r.a katanya: Aku telah mengadu persoalan yang aku hadapi kepada Rasulullah s.a.w, lalu baginda bersabda: Lakukanlah Tawaf di belakang mereka secara menunggang binatang. Lalu aku melakukan Tawaf manakala Rasulullah s.a.w sembahyang di tepi Kaabah sambil membaca surah At-Tur.info
webmaster@mymasjid.net.my