Hadis Ibnu Abbas r.a: Rasulullah s.a.w telah melakukan Tawaf dengan menunggang unta semasa Haji Wida'. Baginda juga mengucup rukun dengan isyarat menggunakan tongkat yang berkepala bengkok.
Hadis Ummu Salamah r.a katanya: Aku telah mengadu persoalan yang aku hadapi kepada Rasulullah s.a.w, lalu baginda bersabda: Lakukanlah Tawaf di belakang mereka secara menunggang binatang. Lalu aku melakukan Tawaf manakala Rasulullah s.a.w sembahyang di tepi Kaabah sambil membaca surah At-Tur.
