Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Haji > Bab Disunatkan Menginap Di Zu Tuwa Ketika Ingin Memasuki Mekah, Begitu Juga Disunatkan Mandi Terlebih Dahulu Serta Masuk Ke Kota Itu Pada Siang Hari
    Hadis Ibnu Umar r.a: Rasulullah s.a.w pernah bermalam di daerah Zu Tuwa sehingga pagi kemudian baginda terus memasuki Kota Mekah.info
    Hadis Abdullah bin Umar r.a: Rasulullah s.a.w menghadap ke arah dua batang jalan menuju ke bukit yang terletak di antara baginda dan sebuah bukit yang panjang mengelilingi Kaabah. Baginda membina sebuah masjid di sebelah kiri masjid yang telah sedia ada di atas sebuah bukit kecil. Musala Rasulullah s.a.w berada lebih rendah berbanding dengan masjid tersebut yang telah sedia ada di atas bukit Sauda'. Jarak di antara bukit kecil tersebut dengan musala Rasulullah s.a.w adalah sepuluh hasta atau seumpamanya. Kemudian baginda mendirikan sembahyang secara menghadap ke arah dua batang jalan menuju ke bukit panjang tersebut yang berada di antara kamu dan Kaabah.info
webmaster@mymasjid.net.my