Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Haji > Bab Orang Yang Telah Melakukan Tawaf Di Baitullah Dan Bersaie Kekal Di Dalam Ihram Tanpa Bertahallul
    Hadis Saidatina Aisyah r.a katanya: Perkara pertama yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w apabila tiba di Mekah ialah berwuduk kemudian melakukan Tawaf di Baitullah.info
    Hadis Asma' r.a: Diriwayatkan daripada Abdullah bekas hamba Asma' puteri Sayidina Abu Bakar r.a katanya: Aku pernah mendengar daripada Asma' ketika melalui daerah Al-Hajun. Asma' berkata: Semoga Allah selalu melimpahkan selawat dan sejahtera kepada Rasul-Nya s.a.w. Kami pernah berhenti bersama baginda di sini. Ketika itu kami membawa beberapa buah beg yang berisikan sedikit bekalan dan sedikit barang-barang lain. Kemudian aku bersama dengan saudaraku Saidatina Aisyah r.a, Az-Zubair dan beberapa orang lagi berihram Umrah. Setelah selesai melakukan Tawaf di Baitullah, kami pun bertahallul. Kemudian pada malamnya kami pun berihram Haji.info
webmaster@mymasjid.net.my