Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Haji > Bab Harus Mengerjakan Haji Tamattu'
    Hadis Sayidina Ali r.a: Diriwayatkan daripada Abdullah bin Syaqiq katanya: Sayidina Othman r.a melarang dari mengerjakan Haji Tamattu' manakala Sayidina Ali k.w mengesyorkannya. Suatu hari Sayidina Othman menemui Sayidina Ali k.w dan berbincang mengenai masalah tersebut. Kemudian Sayidina Ali k.w berkata: Kamu telah mengetahui bahawa kita telah mengerjakan Haji Tamattu' ketika bersama Rasulullah s.a.w. Dia menjawab: Benar! Tetapi ketika itu kita dalam keadaan ketakutan.info
    Hadis Imran bin Husain r.a: Diriwayatkan daripada Mutrif katanya: Imran bin Husain berkata kepadaku: Pada hari ini aku akan menceritakan sebuah Hadis kepadamu dan semoga Allah akan memberi manfaat kepadamu selepas ini. Ketahuilah Rasulullah s.a.w pernah memerintahkan beberapa orang ahli keluarganya supaya melakukan Umrah dalam masa sepuluh hari. Tidak ada ayat yang turun sebagai menasakh iaitu mengganti hukum tentang perkara itu (harus mengerjakan Haji secara Tamattu'). Baginda tidak pernah menegahnya sehingga baginda wafat. Setelah itu masing-masing menggunakan ijtihad sendiri iaitu ulama.info
webmaster@mymasjid.net.my