Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Haji > Bab Masalah Wuquf Dan Tentang Firman Allah Taala: ثُمَّ أَفِيضُوا مِنْ حَيْثُ أَفَاضَ النَّاسُ Yang Bermaksud: Kemudian Bertolaklah Kamu Dari Tempat Bertolaknya Orang Ramai Iaitu Arafah
    Hadis Saidatina Aisyah r.a katanya: Kaum Quraisy dan kaum-kaum yang seagama dengan mereka biasanya berwuquf di Muzdalifah. Mereka menamakannya sebagai Al-Hums. Sementara itu seluruh orang Arab berwuquf di padang Arafah. Apabila Islam datang Allah s.w.t memerintahkan kepada Nabi-Nya Muhammad s.a.w menuju ke Arafah dan berwuquf di sana. Kemudian baginda beredar dari situ, sesuai dengan firman Allah s.w.t ثُمَّ أَفِيضُوا مِنْ حَيْثُ أَفَاضَ النَّاسُ Yang bermaksud: Kemudian bertolaklah kamu dari tempat bertolaknya orang ramai iaitu Arafah.info
    Hadis Jubair bin Mut'im r.a katanya: Aku pernah kehilangan unta, lalu aku pergi mencarinya pada hari Arafah. Ketika itulah aku melihat Rasulullah s.a.w bersama orang ramai sedang wuquf di Arafah. Aku berkata: Demi Allah! Sesungguhnya ini adalah termasuk Al-Hums. Apakah keadaannya di sini sehingga orang-orang Quraisy yang terdahulu menamakannya Al-Hums?.info
webmaster@mymasjid.net.my