Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Haji > Bab Harus Mandi Iaitu Membasuh Badan Dan Kepala Bagi Orang Yang Berihram
    Hadis Abu Ayyub Al-Ansariy r.a: Diriwayatkan daripada Abdullah bin Hunain r.a katanya: Abdullah bin Abbas telah mengutuskan aku supaya berjumpa Abu Ayyub Al-Ansariy r.a. Aku dapati dia sedang mandi di antara dua bukit dengan bertabirkan pakaian. Aku mengucapkan salam kepadanya. Dia bertanya: Siapa itu? Aku menjawab: Aku! Abdullah bin Hunain. Ibnu Abbas bin Abbas menyuruh aku bertanya kepadamu, bagaimanakah Rasulullah s.a.w membasuh kepala ketika dalam keadaan Ihram? Abu Ayyub meletakkan tangan atas pakaiannya iaitu tabir tadi, lalu merendahkannya hingga kepalanya kelihatan. Dia berkata kepada seseorang yang menuangkan air: Siramlah! Lalu disiram kepalanya dan dia menggosok kepalanya dengan kedua belah tangannya ke arah hadapan dan belakang, kemudian berkata: Beginilah aku melihat Rasulullah s.a.w melakukannya.info
webmaster@mymasjid.net.my