Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Haji > Bab Harus Bagi Orang Yang Berihram Atau Tidak Berihram, Membunuh Haiwan Tertentu Samada Di Tanah Halal Ataupun Di Tanah Haram
    Hadis Saidatina Aisyah r.a, isteri Nabi s.a.w katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Ada empat jenis binatang jahat yang boleh dibunuh di tanah halal ataupun di Tanah Haram, iaitu burung helang, burung gagak, tikus dan anjing liar.info
    Hadis Abdullah bin Umar r.a: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Tidak berdosa bagi orang yang membunuh lima jenis binatang walaupun di Tanah Haram dan mereka pula dalam keadaan berihram. Binatang-binatang tersebut ialah tikus, kala jengking, burung gagak, burung helang dan anjing liar.info
webmaster@mymasjid.net.my