Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Haji > Bab Memburu Binatang Buruan Ketika Berihram
    Hadis As-So'bu bin Jassamah Al-Laithiy r.a: Beliau telah menghadiahkan seekor keldai liar kepada Rasulullah s.a.w sewaktu di daerah Abwa' atau di Waddan. Namun baginda mengembalikan semula keldai itu kepadaku. Ketika Rasulullah s.a.w melihat perubahan wajahku, baginda bersabda: Kami tidak akan menolak pemberianmu ini sekiranya kami bukan dalam keadaan berihram.info
    Hadis Ibnu Abbas r.a katanya: As-So'bu bin Jassamah telah menghadiahkan seekor keldai liar kepada Nabi s.a.w sewaktu baginda sedang berihram. Baginda mengembalikan semula kepadanya, lalu bersabda: Jika kami bukan berada dalam keadaan berihram, sudah tentu kami telah menerimanya darimu.info
    Hadis Abu Qatadah r.a katanya: Kami pernah keluar bersama Rasulullah s.a.w ke daerah Al-Qahah. Di kalangan kami ada yang memakai Ihram dan ada juga yang tidak memakainya. Tiba-tiba aku dan salah seorang sahabat melihat seekor keldai liar. Aku memasang pelana kudaku dan mengambil lembingku. Kemudian aku menunggang kuda tetapi penyebat kudaku terjatuh. Aku meminta sahabat-sahabat yang berihram agar mengambil penyebat kuda tersebut. Namun tiada seorangpun yang mahu membantuku. Aku terpaksa turun dari kuda untuk mengambilnya sendiri dan naik semula. Aku terlihat bahagian belakang keldai tadi di sebalik sebuah bukit kecil. Aku terus menikamnya. Setelah aku sembelih, aku bawa kepada sahabat-sahabatku. Sebahagian dari mereka menyuruhku makan, sebagian lagi melarangku. Ketika itu kami dapati Nabi s.a.w berada di hadapan kami. Aku menghampiri baginda lalu bertanyakannya. Baginda bersabda: Keldai itu halal. Makanlah!.info
webmaster@mymasjid.net.my