Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Haji > Bab Miqat Haji Dan Umrah
    Hadis Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah menetapkan miqat bagi penduduk Madinah di Zul Hulaifah, bagi penduduk Syam di Juhfah, bagi penduduk Najd di Qarnul Manazil dan bagi penduduk Yaman di Yalamlam. Miqat-miqat tersebut adalah untuk penduduk negeri itu serta bagi mereka yang melaluinya untuk mengerjakan Haji dan Umrah. Adapun selain dari mereka yang tersebut, miqatnya adalah mengikut arah kedatangan mereka, sehingga penduduk Mekah pun miqatnya memadai dari Mekah.info
    Hadis Ibnu Umar r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Penduduk Madinah miqatnya di Zul Hulaifah, penduduk Syam miqatnya di Juhfah, penduduk Najd di Qarn. Abdullah bin Umar r.a seterusnya berkata: Aku pernah diberitahu bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Miqat penduduk Yaman ialah di daerah Yalamlam.info
webmaster@mymasjid.net.my