Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Haji > Bab Perkara Perkara Yang Diharuskan Dan Dilarang Ketika Berihram Haji Atau Umrah Dan Keterangan Bahawa Haram Memakai Bau Bauan
    Hadis Ibnu Umar r.a: Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Bagaimana cara pakaian orang yang ingin berihram? Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Janganlah kamu memakai baju, kain serban, seluar, penutup kepala dan sarung kaki iaitu khuf kecuali untuk orang yang tidak memiliki selipar, diharuskan dengan syarat khuf tersebut dipotong hingga bawah buku lali. Jangan memakai pakaian yang dicelup dengan Za'faran iaitu sejenis pewarna warna kuning dan Wars iaitu sejenis pewarna warna merah.info
webmaster@mymasjid.net.my