Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Puasa > Bab Disunatkan Berbuka Bagi Jemaah Haji Yang Berada Di Arafah Pada Hari Arafah
    Hadis Ummu Al-Fadhil binti Al-Harith r.a: Beberapa orang yang berada berhampirannya pada hari Arafah berbincang mengenai puasa Rasulullah s.a.w. Sebahagian dari mereka berkata baginda berpuasa. Sebahagian lain pula berkata tidak lalu aku mengirimkan segelas susu kepada baginda yang pada ketika itu kebetulan sedang berada di atas unta di Arafah lantas baginda meminumnya.info
    Hadis Ummu Al-Fadhli r.a katanya: Ramai di kalangan sahabat Rasulullah s.a.w yang ragu-ragu tentang berpuasa pada hari Arafah sedangkan kami berada di sana bersama Rasulullah s.a.w lalu aku membawa kepada baginda satu bekas yang berisi susu sewaktu baginda berada di Arafah lantas baginda meminumnya.info
webmaster@mymasjid.net.my