Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Puasa > Bab Memilih Samada Berpuasa Atau Berbuka Sewaktu Musafir
    Hadis Saidatina Aisyah r.a katanya: Hamzah bin Amru Al-Aslami pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w mengenai masalah berpuasa dalam perjalanan iaitu musafir. Baginda bersabda: Sekiranya kamu ingin berpuasa teruskanlah dan jika kamu ingin berbuka, berbukalah.info
    Hadis Abu Darda' r.a katanya: Kami pernah keluar bersama Rasulullah s.a.w di bulan Ramadan dalam cuaca yang panas terik sehingga ada sebahagian daripada kami yang terpaksa meletakkan tangan di atas kepala untuk berlindung dari panas matahari. Di kalangan kami tiada yang berpuasa melainkan Rasulullah s.a.w dan Abdullah bin Rawahah.info
webmaster@mymasjid.net.my