Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Puasa > Bab Hukum Bercumbu Tidak Haram Selagi Tidak Membangkitkan Nafsunya
    Hadis Saidatina Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w mencium salah seorang isteri baginda sewaktu sedang berpuasa lalu baginda tersenyum.info
    Hadis Umar bin Abu Salamah r.a: Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Bolehkah orang yang sedang berpuasa mencium isterinya? Rasulullah s.a.w menjawab: Tanyakan kepada wanita ini sambil menunjuk ke arah Ummu Salamah yang kemudian memberitahu kepadanya bahawa Rasulullah s.a.w pernah melakukannya. Lalu Umar bin Abu Salamah berkata: Wahai Rasulullah! Bukankah Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu dan yang akan datang? Rasulullah s.a.w bersabda: Demi Allah aku adalah orang yang paling bertakwa dan paling merasa takut kepada Allah daripada kamu.info
webmaster@mymasjid.net.my