Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Puasa > Bab Kelebihan Bersahur Dan Menguatkan Bahawa Hukumnya Sunat Serta Disunatkan Juga Melewatkan Sahur Dan Menyegerakan Berbuka
    Hadis Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Hendaklah kamu bersahur kerana di dalam bersahur itu ada keberkatannya.info
    Hadis Zaid bin Thabit r.a katanya: Kami pernah bersahur bersama Rasulullah s.a.w. Setelah itu kami pun mendirikan sembahyang Subuh. Kemudian aku bertanya: Berapakah selang waktu di antara keduanya? Baginda menjawab: Kira-kira bacaan lima puluh ayat.info
    Hadis Sahl bin Saad r.a: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Seseorang itu sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka selalu menyegerakan berbuka puasa.info
webmaster@mymasjid.net.my