Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Zakat > Bab Memberi Kepada Orang Yang Meminta Dengan Kata Kata Kesat Dan Kasar
    Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Aku pernah berjalan bersama Rasulullah s.a.w. Baginda memakai selendang Najran yang kasar hujungnya. Tiba-tiba seorang Arab desa mendapatkan baginda lalu menarik selendang baginda dengan kuat. Ketika aku memandang ke bahagian leher Rasulullah s.a.w, ternyata hujung selendang itu memberi kesan padanya akibat kuatnya tarikan tersebut. Orang itu kemudian berkata: Wahai Muhammad! Berikanlah kepada aku sebahagian dari harta Allah yang ada padamu. Rasulullah s.a.w berpaling kepadanya lalu tertawa dan memberikan sesuatu kepadanya.info
    Hadis Al-Miswar bin Makhramah r.a katanya: Rasulullah s.a.w membahagi-bahagikan pakaian yang dipakai sebelah luar pakaian, tetapi tidak memberikan apa-apa pun kepada Makhramah. Lalu Makhramah berkata kepadaku: Wahai anakku! Marilah berangkat bersamaku menemui Rasulullah s.a.w. Lalu aku berangkat bersamanya. Dia berkata: Masuklah dan panggilkan baginda supaya berjumpa aku. Lantas aku memanggil Rasulullah s.a.w. Ketika keluar, baginda membawa selonggok pakaian sambil bersabda: Aku memang menyimpan ini untukmu. Dia memandang baginda dan baginda bersabda lagi: Mudah-mudahan Makhramah reda dengan pakaian ini.info
webmaster@mymasjid.net.my