Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Zakat > Bab Kebimbangan Mengenai Apa Yang Ada Pada Keindahan Dunia
    Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a katanya: Rasulullah s.a.w berdiri sambil berkhutbah kepada orang ramai. Baginda bersabda: Tidak! Demi Allah! Aku tidak bimbang ke atas kamu sekalian wahai manusia kecuali mengenai keindahan dunia yang dikeluarkan oleh Allah untuk kamu sekalian. Seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah! Adakah kebaikan akan mendatangkan keburukan? Rasulullah s.a.w diam sejenak kemudian bersabda: Apa yang engkau tanyakan tadi? Lelaki tersebut mengulangi pertanyaannya: Wahai Rasulullah! Adakah kebaikan akan mendatangkan keburukan? Rasulullah s.a.w menjawab: Sesungguhnya kebaikan yang sebenar-benarnya sahaja hanya akan mendatangkan kebaikan. Adakah sesuatu yang engkau dapat dari keindahan dunia boleh dikatakan ianya kebaikan? Setiap apa yang tumbuh pada musim bunga itu akan membunuh kerana kekenyangan atau hampir membunuh kecuali ternakan yang memakan daun-daun. Ternakan itu makan hingga kedua perutnya penuh kemudian menghadap ke arah matahari untuk membuang kotoran najis atau kencing seterusnya kembali makan semula. Sesiapa yang mengambil harta sesuai mengikut haknya, maka dia diberkati dengan harta itu dan sesiapa yang mengambil harta tidak mengikut haknya, maka dia seperti orang yang makan tapi tidak pernah kenyang.info
webmaster@mymasjid.net.my