Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Zakat > Bab Orang Miskin Yang Tidak Mendapati Kesenangan Dan Tidak Diketahui Mengenainya, Kemudian Dia Diberi Sedekah
    Hadis Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Orang yang miskin itu bukanlah orang yang berjalan ke sana sini meminta-minta kepada manusia, kemudian diberikan dengan sesuap dua makanan dan sebiji dua buah kurma. Para sahabat bertanya: Kalau begitu siapakah orang miskin yang sebenarnya wahai Rasulullah? Rasulullah s.a.w bersabda: Orang yang tidak mendapati kesenangan yang mencukupi buatnya tetapi mereka tidak tahu kerana kesabaran dia menyembunyikan keadaannya dan tidak meminta-minta kepada orang lain, dia akan diberikan sedekah tanpa dia meminta daripada orang lain.info
webmaster@mymasjid.net.my