Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Zakat > Bab Perumpamaan Orang Yang Pemurah Dan Orang Yang Bakhil
    Hadis Abu Hurairah r.a: Daripada Nabi s.a.w, katanya: Baginda bersabda: Perumpamaan orang yang pemurah dan orang yang bersedekah seperti seorang lelaki yang memakai dua helai jubah atau dua helai baju besi bermula dari dadanya sehingga ke atas. Apabila orang yang berbelanja (Dalam riwayat yang lain mengatakan: Apabila orang yang bersedekah) ingin memberi sedekah, maka baju itu longgar buatnya dan apabila orang bakhil ingin bersedekah, maka baju itu menjadi rimas dan panas sehingga menutupi jari-jarinya serta menghapus jejaknya. Abu Hurairah berkata: Orang yang bakhil ingin melonggarkan pakaiannya tetapi dia tidak mampu melonggarkannya.info
webmaster@mymasjid.net.my