Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Zakat > Bab Penerimaan Sedekah Dari Hasil Kerja Yang Baik Dan Penjagaannya
    Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sedekah seseorang itu tidak dikira kecuali dari hasil atau harta yang baik. Allah tidak menerima sedekah kecuali dari hasil yang baik dan sudah pasti Ar-Rahman (Allah Yang Maha Pengasih) akan menerima hasil sedekah itu dari kanan-Nya walaupun sedekah itu hanya berupa sebiji kurma. Lalu sedekah tersebut dijaga di sisi Allah Yang Maha Pengasih sehingga menjadi lebih besar dari gunung sebagaimana seseorang di antara kamu membesarkan anak kuda atau anak untanya.info
webmaster@mymasjid.net.my