Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Zakat > Bab Galakan Supaya Bersedekah Sebelum Tidak Ada Orang Yang Mahu Menerimanya
    Hadis Harithah bin Wahab r.a katanya: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Bersedekahlah kamu sekalian kerana sudah semakin hampir waktunya seorang lelaki berjalan membawa barang yang ingin disedekahkannya. Lalu orang yang ingin diberikan sedekah berkata: Seandainya engkau membawa sedekahmu kepadaku kelmarin, tentu aku menerimanya. Adapun sekarang ini aku tidak lagi memerlukannya. Sehingga akhirnya lelaki itu tidak juga bertemu orang yang ingin menerima sedekahnya.info
    Hadis Abu Musa r.a: Daripada Nabi s.a.w, bahawa baginda s.a.w telah bersabda: Umat manusia akan didatangi suatu zaman di mana seorang lelaki berjalan ke sana sini membawa sedekah emas tetapi tidak ada seorang pun yang ingin menerimanya. Dapat dilihat juga seorang lelaki yang diikuti oleh empat puluh orang wanita yang berlindung di bawahnya kerana bilangan kaum lelaki berkurang dan bilangan kaum wanita bertambah.info
    Hadis Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Hari Kiamat tidak akan berlaku sebelum harta menjadi banyak serta melimpah-ruah sehingga ada seseorang yang mengeluarkan zakat hartanya tetapi tidak bertemu seorangpun yang ingin menerimanya dan sehinggalah Tanah Arab kembali menjadi padang-padang gembala dan sungai-sungai.info
webmaster@mymasjid.net.my