Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Zakat > Bab Beratnya Hukuman Orang Yang Enggan Mengeluarkan Zakat
    Hadis Abu Zar r.a katanya: Aku menghampiri Nabi s.a.w yang sedang duduk di bawah bayangan Kaabah. Apabila melihat aku, baginda bersabda: Demi Tuhan Kaabah. Mereka tergolong dari kalangan orang-orang yang rugi. Lalu aku menghampiri baginda dan duduk di sampingnya, aku tidak duduk lama di situ lalu aku bangkit sambil bertanya: Wahai Rasulullah! Demi ayah dan ibuku sebagai tebusanmu! Siapakah mereka itu? Rasulullah s.a.w bersabda: Mereka adalah orang-orang yang paling banyak mempunyai harta kecuali orang yang berbuat begini, begini dan begini iaitu baginda memberi isyarat ke depan, ke belakang, ke kanan dan juga ke kiri. Orang yang ingin berbuat demikian adalah sangat sedikit bilangannya. Setiap pemilik unta, lembu atau kambing yang enggan mengeluarkan zakat. Pada Hari Kiamat, binatang-binatang tersebut akan datang dalam keadaan lebih besar dan lebih gemuk dari asalnya. Kesemuanya akan menanduk pemiliknya dengan tanduk-tanduk dan memijak dengan menggunakan kuku-kukunya. Setelah selesai binatang yang pertama akan diganti pula dengan yang lain dan yang pertama tadi datang kembali kepadanya, sehinggalah seluruh manusia ditentukan tempat masing-masing.info
    Hadis Abu Hurairah r.a: Sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda: Seandainya aku memiliki emas sebesar bukit Uhud dan didatangkan kepadaku lagi gunung yang ketiga, di samping itu aku memiliki satu dinar, maka yang membuatkan aku suka hanyalah satu dinar yang dapat aku gunakan untuk membayar hutang.info
webmaster@mymasjid.net.my