Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Jenazah > Bab Sembahyang Di Atas Kubur
    Hadis Abdullah bin Abbas r.a: Rasulullah s.a.w mendirikan sembahyang jenazah di atas kubur, selepas jenazah itu dikebumikan. Baginda mengangkat takbir sebanyak empat kali.info
    Hadis Abu Hurairah r.a: Bahawa ada seorang perempuan berkulit hitam atau seorang pemuda yang selalu membersihkan masjid. Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w merasai ketiadaannya iaitu tidak menemuinya. Lalu baginda bertanya mengenainya. Para sahabat menjawab: Dia telah meninggal dunia. Rasulullah s.a.w menegur: Kenapa kamu tidak memberitahuku? Para sahabat menjawab: Kami menganggap ianya adalah urusan kecil sahaja. Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Tunjukkanlah kuburnya kepadaku. Maka mereka menunjukkannya kepada baginda. Baginda mendirikan sembahyang di atas kuburnya dan setelah itu bersabda: Sesungguhnya kubur itu penuh dengan kegelapan bagi penghuninya dan Allah s.w.t meneranginya dengan sebab sembahyangku ke atas mereka.info
webmaster@mymasjid.net.my