Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Jenazah > Bab Memandikan Mayat
    Hadis Ummu Atiyyah r.a katanya: Nabi s.a.w masuk ke tempat kami dan kami ketika itu sedang memandikan anak perempuan baginda. Beliau kemudian bersabda: Mandikanlah dia sebanyak tiga kali, lima kali atau lebih banyak lagi bila kamu merasakannya perlu, begitu juga mandikanlah dia dengan air dan daun bidara. Akhirilah basuhan tersebut dengan menggunakan air kapur barus atau sedikit kapur barus. Setelah selesai, beritahukanlah kepadaku. Apabila kami selesai, kami memberitahu baginda, lalu baginda menghulurkan kain baginda kepada kami sambil bersabda: Pakaikanlah kain ini kepadanya!.info
webmaster@mymasjid.net.my