Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Kusuf Iaitu Gerhana > Bab Menuturkan Seruan Untuk Melakukan Sembahyang Gerhana Dengan ÇáÕøóáóÇÉó ÌóÇãöÚóÉð
    Hadis Abdullah bin Amru bin Al-As r.a katanya Setelah diseru: ÇáÕøóáóÇÉó ÌóÇãöÚóÉð ketika matahari gerhana pada masa Rasulullah s.a.w lalu baginda mendirikan sembahyang dua kali rukuk dalam satu rakaat. Kemudian berdiri lagi dan melakukan dua kali rukuk dalam satu rakaat. Setelah itu matahari kembali muncul.info
    Hadis Abu Mas'ud Al-Ansariy r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya (ketika berlaku gerhana) digunakan oleh Allah untuk menakutkan (memberi amaran) kepada para hambaNya dan keduanya tidaklah menjadi gerhana disebabkan kematian seseorang di antara manusia. Oleh itu apabila kamu melihatnya maka dirikanlah sembahyang dan berdoalah kepada Allah sehinggalah Allah meneranginya semula kepada kamu.info
    Hadis Abu Musa r.a katanya: Telah berlaku gerhana matahari pada zaman Rasulullah s.a.w. Baginda bangkit dengan terkejut, bimbang kalau-kalau hari itu adalah Hari Kiamat. Kemudian beliau datang ke masjid lalu mendirikan sembahyang. Baginda berdiri, rukuk dan sujud dalam tempoh yang lama. Aku tidak pernah melihat sama sekali baginda bersembahyang begitu. Kemudian baginda bersabda: Sesungguhnya inilah ayat-ayat (tanda-tanda) yang diutuskan oleh Allah dan berlakunya bukanlah kerana kematian seseorang atau juga dihidupkan seseorang tetapi Allah mengutusnya untuk menakutkan (memberi amaran) kepada hamba-hambaNya. Oleh itu apabila kamu melihatnya maka bersegeralah mengingati-Nya, berdoa kepadaNya dan memohon keampunan dariNya.info
    Hadis Abdullah bin Umar r.a: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesungguhnya matahari dan bulan tidaklah menjadi gerhana disebabkan kematian seseorang atau kerana dihidupkan seseorang tetapi kedua-duanya adalah termasuk ayat-ayat (tanda-tanda) dari Allah. Oleh itu apabila kamu semua melihatnya maka dirikanlah sembahyang.info
    Hadis Al-Mughirah bin Syu'bah r.a katanya: Matahari telah gerhana pada masa Rasulullah s.a.w di hari kematian Ibrahim iaitu anak lelaki baginda. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan kematian seseorang atau kerana dihidupkannya. Oleh itu apabila kamu melihatnya berdoalah kepada Allah dan dirikanlah sembahyang sehinggalah gerhana itu hilang.info
webmaster@mymasjid.net.my