Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Sembahyang Istisqa' (sembahyang Minta Hujan) > Bab Meminta Perlindungan Daripada Allah Ketika Melihat Angin Dan Mendung Serta Bergembira Dengan Turunnya Hujan
    Hadis Aisyah r.a isteri Nabi s.a.w katanya: Biasanya apabila hari berangin atau mendung, wajah Rasulullah s.a.w kelihatan gelisah. Bila hujan mulai turun, wajah baginda menjadi berseri dan hilanglah kegelisahan baginda. Aisyah bertanyakan hal itu kepada baginda. Baginda menjawab: Aku bimbang angin atau mendung itu menjadi azab untuk menyeksa umatku. Jika baginda melihat hujan, baginda akan berkata: Itu adalah rahmat.info
webmaster@mymasjid.net.my