Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Sembahyang Istisqa' (sembahyang Minta Hujan) > Bab Doa Ketika Sembahyang Lstisqa' (sembahyang Minta Hujan)
    Hadis Anas bin Malik r.a: Sesungguhnya seorang lelaki masuk ke masjid pada hari Jumaat dari satu pintu yang menuju ke arah Darul Qadha (rumah Umar bin Al-Khattab). Pada waktu itu Rasulullah s.a.w sedang berdiri sambil berkhutbah. Orang itu menghadap Rasulullah s.a.w sambil berdiri, kemudian berkata: Wahai Rasulullah! Segala harta benda telah musnah dan jalan-jalan menjadi terputus (iaitu mereka tidak lagi dapat menggunakan unta kerana bimbang unta mereka mati malah boleh mengurangkan binatang ternakan mereka disebabkan cuaca pada ketika itu), oleh itu berdoalah kepada Allah agar Dia berkenan menurunkan hujan kepada kita. Rasulullah s.a.w lalu mengangkat kedua tangan dan berdoa Çááøóåõãøó ÃóÛöËúäóÇ Çááøóåõãøó ÃóÛöËúäóÇ Çááøóåõãøó ÃóÛöËúäóÇ Yang bermaksud: Ya Allah! turunkanlah hujan kepada kami. Ya Allah! turunkanlah hujan kepada kami. Ya Allah! turunkanlah hujan kepada kami. Kata Anas: Tidak, demi Allah! Kami tidak lihatpun di langit ada mega atau gumpalan awan. Di antara kami dengan gunung tidak ada satu pun rumah atau perkampungan (yang menghalangi pandangan kami untuk melihat tanda-tanda akan turunnya hujan). Tiba-tiba muncul mega bagaikan perisai di sebalik gunung. Ketika berada di tengah-tengah langit, mega itu mulai melebar kemudian menurunkan hujan. Tidak, demi Allah! Kami tidak melihat matahari sedikit pun. Pada hari Jumaat berikutnya masuk pula seorang lelaki dari pintu yang sama, ketika itu Rasulullah s.a.w sedang berdiri sambil berkhutbah. Orang itu menghadap baginda sambil berdiri, lalu berkata: Wahai Rasulullah! Banyak harta benda yang binasa dan jalan-jalan telah terputus. (Kali ini kerana terlampau banyak hujan). Oleh itu berdoalah kepada Allah agar Dia berkenan menahan hujan dari kami. Rasulullah s.a.w pun mengangkat kedua tangan lantas baginda berdoa: Çááøóåõãøó ÍóæúáóäóÇ æóáóÇ ÚóáóíúäóÇ Çááøóåõãøó Úóáóì ÇáúÂßóÇãö æóÇáÙøöÑóÇÈö æóÈõØõæäö ÇáúÃóæúÏöíóÉö æóãóäóÇÈöÊö ÇáÔøóÌóÑö yang bermaksud: Wahai Tuhanku! Turunkanlah hujan di sekitar kami dan janganlah musnahkan kami. Ya Allah! Engkau turunkanlah ia di atas gunung-gunung dan bukit-bukau, di lembah-lembah dan tempat tumbuhnya pokok-pokok. Hujan pun reda dan kami dapat keluar, berjalan di bawah sinar matahari.info
webmaster@mymasjid.net.my