yUsAnGgErIk

wanita, 36 tahun. Menetap di Serendah sekebun bunga, Kuala Lumpur. Bekerja sebagai Pegawai kebajikan masyarakat
Bagaimana untuk kupujuk rasa hati, yang pecah berderai menjadi serpihan yang takkan mungkin bertaut. Duhai hati, sabarlah menelusuri hari-hari. Wahai naluri, tabahlah menghadapi. Tidak Tuhan turunkan dugaan di luar kemampuan diri. Tuhan, aku sudah cukup lelah, aku telah sangat-sangat letih mendepani setiap satu dugaanMu yang terlalu menghiris sekeping hati perempuanku. Hingga tembok ketabahanku hampir rebah, menjadikan aku seorang perempuan kerdil yang menggalas beban di luar upayaku. Tuhan, aku masih Kau sayangi. Biarpun punah menjadi puing-puing berkecai berserakan, aku tetap berdiri menongkah hari, mencari nilai diri yang diinjak semau hati. Dengan rahmatMu tidak aku tersungkur dalam kebejatan seorang lelaki. Dengan kasihMu, aku berlindung dengan akidahku. Terima kasih Tuhan, aku tetap ampuh, aku tetap indah dalam Islamku :)
Aku masih berdiri dan akan terus berlari..

webmaster@mymasjid.net.my