Atau sekiranya Kami (hendak) memperlihatkan kepadamu apa yang Kami janjikan kepada mereka (dari azab seksa itu), maka Kami tetap berkuasa terhadap mereka.(Az-Zukhruf : 42)
Hadis Al-Mughirah bin Syukbah r.a: Rasulullah s.a.w pernah keluar untuk membuang air besar dan Al-Mughirah mengekorinya dengan membawa sebekas air. Air tersebut dituangkannya kepada Nabi sebaik sahaja baginda selesai membuang air besar untuk berwuduk serta baginda menyapu kedua khuf.(Riwayat Muslim)