Hadis Rasulullah S A W

Oleh TuKuN
25-Mar-2003 07:16:56
Diriwayatkan daripada Masruq katanya: Ketika kami masuk ke rumah Abdullah bin Mas'ud r.a, dia berkata:
Wahai umat manusia! Sesiapa yang mengetahui tentang sesuatu perkara, hendaklah dia menerangkannya dan sesiapa yang tidak mengetahuinya maka hendaklah dia berkata: Allah lebih mengetahui, kerana berkata demikian itu (Allah lebih mengetahui) tentang sesuatu perkara yang tidak diketahui adalah termasuk dari ilmu. Allah s.w.t berfirman kepada nabiNya: (قُلْ مَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُتَكَلِّفِينَ).
www.myjodoh.net
Yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak meminta kepada kamu sebarang bayaran kerana menyampaikan ajaran al-Quran ini dan bukanlah aku dari orang-orang yang mengada-ngadakan.

(Hadis riwayat Imam Bukhari).

--------------------------------------------------------------------------------

Kesimpulan Hadis:

1- Larangan supaya tidak membebankan di dalam permasalahan ilmu, tidak mudah menyebut sesuatu ilmu dan tidak terus mengeluarkan fatwa kecuali apabila seseorang itu betul-betul yakin tentang kebenaran apa yang diperkatakannya.
2- Kewibawaan seseorang yang alim tidak akan berkurang dengan kejahilannya tentang sesuatu perkara dan dia menyatakan kejahilannya tersebut kepada orang lain.
3- Galakan supaya mencontohi Rasulullah s.a.w dalam tindakan tidak membebankan sesuatu perkara secara mutlak.

 

webmaster@mymasjid.net.my