Doa

Oleh Zana
12-Nov-2002 18:43:25
DOA

Permintaan seseorang kepada Allah untuk mendapat sesuatu yang dihajati atau menolak sesuatu yang tidak dikehendaki.

PERANAN DOA

Doa berperanan supaya Allah memakbulkan sesuatu yang dihajati dan membatalkan sesuatu yang tidak diingini. Doa juga berperanan menangguhkan sesuatu perkara dan semuanya ini adalah dengan keizinan Allah.

DOA TIDAK BERTENTANGAN DENGAN QADA DAN QADAR

1. Doa adalah sebahagian daripada usaha ikhtiar manusia. Firman allah yang bermaksud: Mohonlah doa kepada-Ku, nescaya aku perkenankan.

2. Sabda Nabi s.a.w ertinya : Tidak tertolak qada melainkan dengan doa.

3. Sayidina Umar juga pernah berdoa. “Ya Tuhanku, jika ditakdirkan aku celaka hapuskanlah takdir-Mu itu dan jadikan aku bahagia.
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

 

Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my