Hadis Rasulullah S A W

Oleh TuKuN
14-Oct-2002 14:30
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Iman itu terdiri dari lebih tujuh puluh cabang atau lebih dari enam puluh cabang. Cabang yang paling utama adalah ucapan: "Laa Ilaaha Illallaahu" manakala cabang yang paling rendah ialah membuang sesuatu yang berbahaya (seperti batu, duri dan sebagainya) dari jalan. Malu juga adalah salah satu cabang iman.

(Hadis disepakati bersama oleh Imam Bukhari dan Muslim).

--------------------------------------------------------------------------------

Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:

1- Iman terdiri dari beberapa darjat manakala malu pula adalah salah satu dari darjat dan sifat keimanan.
2- Kelebihan malu dan galakan supaya berakhlak dengan sifat malu kerana sifat ini boleh menghalang orang yang bersifat dengan sifat ini dari melakukan maksiat kepada Allah.
3- Orang Islam yang bersifat malu membuktikan kebenaran imannya.
'the truth is out there'

 

Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my