Enggan Mengeluarkan Zakat

Oleh Cucu^Tokwan
30-Aug-2002 00:11:48
Mengeluarkan zakat adalah termasuk rukun Islam. Kewajipan berzakat bagi setiap Muslim hanya yang memiliki harta benda tertentu yang cukup syaratnya dan diberikan kepada orang yang tertentu mengikut ketentuan syarak, sebagai untuk membersihkan diri, tanggungjawab dan amanah Allah. Orang yang enggan mengeluarkan zakat sedang ia mampu dan cukup syarat- syaratnya, bererti ia telah mengingkari perintah Allah, berdosa besar dan terkeluar dari landasan Islam serta akan mendapat azab Allah. Menurut ulama, orang yang enggan mengeluarkan zakat akan mati dalam su- ulkhatimah,iaitu dalam keadaan menyimpang dari agama. Ada riwayat mengatakan bahawa harta yang tidak dikeluarkan zakat akan berupa seekor ular besar, pada hari kiamat akan membelit leher pemilik harta itu. Firman
www.myjodoh.net
Allah S.W.T: "Janganlah orang- orang yang bakhil dengan barang- barang yang di kurniakan Allah kepadanya mengira bahawa bakhil itu lebih baik, bahkan kejahatan bagi mereka, nanti akan dikalungkan ke leher mereka barang- barang yang mereka bakhil itu pada hari kiamat." (Surah Ali Imran: 180) Firman Allah S.W.T: "Orang- orang yang menyimpan emas dan perak dan tiada membelanjakannyapada jalan Allah, hendaklah beri peringatan dengan siksaan yang pedih." (Surah At- Taubah: 34) Rasulullah S.A.W. bersabda: "Ada tiga golongan pertama sekali masuk neraka ialah: pemerintah yang angkuh, orang yang memiliki kekayaan tetapi tidak membayar hak Allah dari hartanya (zakat) dan orang miskin yang sombong." (HR: Ibnu Hibban)


"maka , nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan"

 

webmaster@mymasjid.net.my