Risalah Fikir (311) Melafazkan Niyyat/usollii

Oleh Ustaz Jalil
29-Jul-2002 02:51:26

RF 311 ini merupakan sambungan drp RF 310 yg lalu......

Saya telah membaca beberapa reply (replies) drp beberapa orang netterssetelah RF (310) dihantarkan. Antara lain, salah seorang drp netters berkenaantelah menulis :

[ jika mas katakan ulama madzhab syafii...setahu ana pada bab "niatikhlas" kitab "riyadhus solihin" karya imam nawawi yang merupakanulama besar dalam mazhab tersebut telah dijelaskan tentang tidak adanyapenyebutan lisan terhadap niat.]

Jadi sehubungan dengan ulasan netter di atas, ingin saya sambungkan/jelaskansedikit lagi mengenai topik yang sama. Ya, imam Nawawi roh.a. adalah seorang 'ulama`besar dalam Madzhab Syaafi'ii, beliau adalah seorang mujtahid madzhab. Begitubanyak sekali kitab2 yg telah disusunnya. Di bawah ini ana cuma bentangkan 2petikan (ya'nii drp 2 buah kitab fiqih Imam Nawawi roh.a.):

Petikan Pertama : [Mafhuumnya kira2] (CABANG) TENTANG MASAALAH- MASAALAH YANGBERHUBUNG DENGAN NIYYAT.

(SALAH SATU DRPNYA)

www.myjodoh.net
SEANDAINYA MENGIKUTI AKAN NIYYAT ITU DENGAN UCAPANNYA/PERKATAANNYA : INSYAA-ALLOOH DENGAN HATINYA ATAU (DENGAN) LISANNYA --- MAKASEKIRANYA DIQOSODKAN DENGANNYA (YA'NII DENGAN UCAPAN/PERKATAAN INSYAA-ALLOOH ITUDENGAN HATINYA ATAU DENGAN LAFAZAN/UCAPAN/PENUTURAN YANG KELUAR DRP LIDAHNYA ITU)SEBAGAI TABARRUK DAN BERLAKUNYA PERBUATAN ITU DENGAN MENGIKUT KEHENDAK DANKEMAHUAN ALLOOH SWT --- (MAKA INI) TIDAK MEMUDHORATKANYA (YA'NII TIDAK MENGAPA),DAN SEANDAINYA DIA MENGQOSODKANNYA SEBAGAI TA'LIIQ ATAU SYAK (MAKA) TIDAKLAH SAH.

Begitulah terjemahan kasar drp Al-Majmuu', jilid 3, halaman 250, susunan ImamNawawi roh.a.

Petikan Kedua : [Mafhuumnya kira2] (CABANG) NIYYAT ITU DI DALAM KESELURUHAN 'IBAADATADALAH DIMU'TABAROHKAN DENGAN HATI. DAN ADALAH TIDAK MENCUKUPI PADANYA (JIKAHANYA) MENUTURKAN (MENYEBUT/MELAFAZ) DENGAN LIDAH SAHAJA BERSERTA KELALAIAN HATI(GHOFLATIL-QOLB), DAN PENYEBUTAN (PENUTURAN/PENGLAFAZAN) DENGAN LIDAH ADALAHTIDAK DISYARATKAN DAN IANYA ADALAH TIDAK MEMUDHORATKAN JIKA BERTENTANGAN DGNHATI. SEBAGAIMANA SESEORANG YG TELAH MENGQOSODKAN DENGAN HATINYA AKAN ZUHURTETAPI LISANNYA MENYEBUT/TERSEBUT 'ASAR, MAKA (DALAM HAL INI) DIKIRA ZUHUR. DANBAGI KAMI ADA SUATU WAJAH YG SYAAZ : BAHAWASANYA DISYARATKAN UNTUK MENUTURKAN/MELAFAZKANAKAN NIYYAT ITU DENGAN LIDAH, DAN INI ADALAH GHOLAT. DAN SEKIRANYA MENGIKUTIAKAN NIYYAT ITU DENGAN PERKATAAN : INSYAA- ALLOOH DENGAN HATI, ATAU DENGAN LISAN,MAKA SEKIRANYA DIQOSODKAN DENGANNYA SEBAGAI TABARRUK DAN BERLAKUNYA PERBUATANITU MENGIKUT KEHENDAK ALLOOH SWT, MAKA INI TIDAK MEMUDHORATKAN (YA'NII TIDAKMENGAPA). DAN SEKIRANYA DIQOSODKANNYA SYAK, MAKA TIDAK SAHLAH SOLAATNYA.

Begitulah terjemahan kasar drp Roudhotut- Toolobiin, juzu` awwal, halaman336, susunan Imam Nawawi roh.a. [Kepada yg bisa berbahasa 'Arab, sila langsungrujuu' kitab berkenaan dan tolong perbaikikan kedua2 terjemahan kasar di atas].

Jadi kesimpulannya, antara lain:

[1] Lafaz niat itu bukanlah syarat, cuma sekadar membantu untuk niyyat itusampai kehati. Atas dasar inilah pihak berkenaan mengatakannya sunnat, dan atasdasar sebagai khuruuj drp khilaaf bahawa ada pihak yang mensyaratkannya.

[2] Jelas sekali di atas, bahawa Imam Nawawi roh.a. mengatakannya adalahtidak memudhoratkan (ya'nii tidak mengapa) jika lafaz dgn lisan itu diqosodkansebagai tabarruk, tidak ta'liiq dan tidak syak. Beliau roh.a. mengatakan "tidakmemudhoratkan", ya'nii "tidak mengapa". Yang menjadi masaalahnyaialah seringkali pihak yang tidak menerima haqiiqat ini mengatakan bhw orang ygmelafazkan niyyat itu (seperti melafazkan usollii...) adalah pelaku2 bid'ah .Jadi ini bertentangan sangat drp ruh keterangan Imam Nawawi di atas. Ya, kalaukita tidak mahu melafazkan niyyat / melafazkan usollii (lagi pun melafazkan inibukanlah syarat) terserahlah kepada kita, tetapi janganlah sampai kitamengatakan bhw orang2 yang melafazkan usollii itu telah melakukan bid'ah. KalauImam Nawawi roh.a. tidak berkata demikian (ya'nii tidak mengatakan bhw orang2 ygmelafazkan niyyat / melafazkan usollii itu adalah pelaku2 bid'ah), maka SIAPAKAHKITA (berbanding dengan Imam Nawawi roh.a. yg merupakan mujtahid madzhab) untukmengatakan demikian ? Beranikah kita ? Tidak malukah kita ? Atau lebih utamakahkita drp Imam Nawawi roh.a. itu sendiri ?

[3] Semoga dengan petikan dan mudzaakaroh ini, kita tidak cepat tersasulmengatakan bhw orang2 yang melafazkan usollii itu adalah pelaku2 bid'ah. Kalaukita mengutamakan untuk tidak melafazkannya terserah, 'ibaadah kita tidakterjejas. Cuma ketersasulan kita itu tadilah yang perlu dielakkan,kalau dahtersasul perlulah bertaubat. Kita sekurang2nya perlu mengambil sikap sepertiImam Nawawi roh.a. di atas, iaitu sekiranya lafaz/tutur yang disebut olehsesorang itu diqosodkan sebagai tabarruk maka itu tidak memudhoratkannya, ya'niitidak mengapa.

Walloohu A'lam. Semoga kita sama2 mengambil i'tibaar..... Wassalaamu'alaikumwrb. Al-faqiiru ilallooh.

MUFRODAAT :

[1] GHOFLAH : kelalaian, negligence. [2] GHOFLATUL-QOLB : kelalaian hati. [3]'ALAA GHOFLAH, 'ALAA HIINA GHOFLAH : suddenly, all of a sudden, inadvertently,unexpectedly, surprisingly.

 

webmaster@mymasjid.net.my