Risalah Fikir (266) Salah Satu Cara Mendapatkan Halaawah Semasa Membaca Al Quraan

Oleh Ustaz Jalil
29-Jul-2002 02:51:26

Ahmad bin Tha'labah roh.a. berkata: Daku telah mendengar Salm Al- Khowwaasroh.a. menerangkan (mafhuumnya) :

DAKU TELAH MEMBACA AL-QURAAN TAPI AKU TIDAK MENDAPATI PADANYA AKAN SUATUKEMANISAN (HALAAWAH). MAKA DAKU PUN TELAH BERKATA KEPADA DIRIKU SENDIRI :BACALAH AKANDIA (DALAM KEADAAN) SEAKAN2 KAMU MENDENGARNYA SENDIRI DARIPADAROSUULULLOOH SAW ! (DAKU PUN BERBUAT DEMIKIAN) MAKA DATANGLAH SEDIKIT KEMANISAN.DAKU PUN BERKATA LAGI KEPADA DIRIKU SENDIRI : BACALAH AKANDIA (DALAM KEADAAN)SEAKAN2 KAMU MENDENGARNYA SENDIRI DARIPADA JIBRIIL YANG SEDANG MENGKHOBARKANDENGANNYA AKAN NABI SAW ! (DAKU PUN BERBUAT DEMIKIAN) MAKA BERTAMBAH LAGI AKANKEMANISAN ITU. KEMUDIAN DAKU PUN BERKATA LAGI KEPADA DIRIKU SENDIRI : BACALAHAKANDIA (DALAM KEADAAN) SEAKAN2 KAMU TELAH MENDENGARNYA SENDIRI DARIPADANYA (YA'NIIDARIPADA ALLOOH SWT)TATKALA DIA (SWT)SEDANG BERKATA2 MENERUSINYA . (DAN DAKU PUNBERBUAT DEMIKIAN)LALU DATANGLAH KEMANISAN SELURUHNYA.

Begitulah kira2 terjemahan kasar drp Sifah As-Sofwah,

www.myjodoh.net
susunan Al- Imaam Al-'AalimJamaaluddiin Abil Faroj Ibnu Al-Jauziyy roh.a., mujallad 4, halaman 274.

Semoga dengan panduan yg sedikit di atas, kita juga bisa merasakan kemanisandalam membaca Al-Quraan. Ya, Al-Quraan adalah kalaamullooh, jadi bila kitamembaca Al-Quraan selayaknyalah (seolah2)kita sedang mendengar daripadaNyatatkala Dia sedang berbicara menerusinya.

Dan sudah tentulah banyak lagi tertib2 lain yang perlu diushakan dalammemperolehi kemanisan membaca Al-Quraan...

Keadaan kita : Bila tengah segar2 badan, lalu membaca Al-Quraan..... belumsempat beberapa ayat atau 'ain atau helai, dah mula ngantuk ! Begitulah betapalemahnya keimanan kita dan betapa kita tidak diberikan (taufiiq)kemanisan didalam membaca Al-Quraan. Tapi kalau membaca akhbaar, (apa lagi kalau mengenaiisu2 semasa yg sedang hangat diperkatakan), mata yg dah kuyu pun akan segarkembali ! Dan tentu mata kita akan bertambah segar lagi bila melihat gambar2yang ......(sama2 alma'lumlah)....

Begitulah teruknya dan rosaknya jiwa dan keruhanian kita !!! Bagaimana pun,semoga Allooh swt sentiasa memberikan keampunan buat kita !

Walloohu A'lam. Semoga kita sama2 mengambil i'tibaar... Wassalaamu'alaikumwrb., Alfaqiiru ilallooh.

MUFRODAAT:

[1] HALAAWAH :kemanisan [2] SULWAH : kesenangan, LAHW.

[3] HUWA FII SULWATIN MINAL-'AISY: Dia berada dalam kehidupan yg senang.

 

webmaster@mymasjid.net.my