Di dalam keadaan diri yang masih bersendirian, tiba-tiba muncul
seseorang yang mengisi kekosongan hati. Kebetulan beliau seorang
penyayang, seorang yang memahami, seorang yang romantik. Terasa dirinya
berpotensi menjadi pasangan hidup yang sesuai. Malangnya apabila
diperkenalkan kepada ibu bapa, mereka tidak bersetuju.
Di dalam keadaan ini, seseorang itu mempunyai dua pilihan. Pertama,
meneruskan perkahwinan dan mengenepikan kedua orang tua kemudian menetap
jauh-jauh selepas berkahwin. Kedua, ketepikan si dia dan utamakan kedua
orang tua, kemudian meratap sedih. Sudah tentu, pilihan kedua adalah
lebih arif, namun terdapat kaedah yang boleh digunakan agar seseorang
itu memperolehi kedua-duanya tanpa sebarang dilema.
Di dalam surah Luqman ayat 14, Allah s.w.t telah berfirman, “Dan Kami
wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah
mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal
mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya
ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu
dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat
kembali (untuk menerima balasan).â€
Telah jelas, hampir di dalam semua keadaan ibu bapa perlu diutamakan
berbanding segala-gala di dalam alam ini, kecuali beberapa hal yang
dilarang. Firman Allah di dalam surah Al-Ankabut ayat 8, “Dan Kami
wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka
berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Aku (dalam ibadatmu)
dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka
janganlah engkau taat kepada mereka.â€
Pada zaman nabi, anak kepada Umar Al-Khattab r.a. iaitu Abdullah Ibnu
Umar mempunyai seorang isteri yang amat disayanginya. Kerana
sebab-sebab tertentu Umar Al-Khattab r.a. tidak menyukai menantunya itu
dan menyuruh anaknya mencerai si isteri. Abdullah r.a. mengabaikan
perintah ayahnya kerana sayangnya kepada isteri lalu mengadu kepada
Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w. kemudian bersabda, “Wahai Abdullah
Bin Umar r.a., ceraikanlah isterimu.â€[1]. Kisah ini direkodkan oleh Imam
Tirmizi dan Abu Daud sebagai hadith hassan sahih.
Di dalam sebuah hadith lain riwayat sahabat Abu Darda’ r.a. Telah
datang seorang lelaki kepadanya dan berkata, “aku memiliki seorang
isteri dan ibuku menyuruh aku menceraikannya.†Kata Abu Darda’, aku
mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “orang tua-tua adalah pertengahan
pintu-pintu syurga. Jika kamu mahu, kamu boleh sia-siakan atau kamu
boleh menjaga ia.â€[2] Ibu bapa diibaratkan seperti pintu-pintu di tengah
syurga. Adakah bijak sekiranya seseorang itu mengabaikan satu kebaikkan
yang besar kerana seorang kekasih hati?
Di dalam sebuah hadith riwayat sahabat Abu Hurairah r.a., bahawa
Rasulullah s.a.w. bersabda, “Rugi besar! Rugi Besar! Rugi Besar!.â€
Ditanyakan, “siapakah yang Rasulullah s.a.w.?†Beliau menjawab, “Orang
yang pada usia dewasa mempunyai kedua orang tua yang masih hidup, baik
salah satu atau keduanya, tetapi kemudian orang tersebut tidak masuk
syurga.â€[3]
Justeru, adalah menjadi satu langkah bijak sekiranya seseorang itu
dapat mengenal pasti “ciri-ciri menantu idaman†daripada ibu bapa mereka
terlebih dahulu. Bagaimana perwatakan, bagaimana rupa paras dan
tingkah laku. Perkara ini subjektif, masing-masing ibu bapa mempunyai
“piawaian†yang berbeza.
Setelah itu, barulah dimulakan pencarian si dia dengan berdasarkan petunjuk Al-Quran, hadith-hadith Rasulullah dan tip-tip daripada ibu bapa tadi. InsyaAllah, tidak akan ada dilema menanti di hadapan.
Wallahu’alam
.
.
.
.
Nota Kaki
~~~~~~
[1] http://hadith.al-islam.com, Sunan Tirmizi : 1110, hassan sahih
[2] http://hadith.al-islam.com, Sunan Tirmizi : 1822, sahih
[3] http://hadith.al-islam.com, Sahih Muslim : 4628
Rujukkan
~~~~~~
Uts Shamsuri Hj Ahmad, audio mukhadimmah Kuliah Kitab Bahrul Mazi 7, http://www.savefile.com/files/1135075http://webblog.myjodoh.net/2007/10/22/antara-ibu-bapa-dan-kekasih-hati/