Terkini  Popular    Mula Topik

Terkini: Kanak-kanak Belanda Hilang Dilarikan Dua Lelaki

2012-04-27 21:37:14
KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki warga Belanda hilang secara

misteri selepas dilarikan dua lelaki menaiki kereta Proton Gen 2 di

hadapan sekolahnya di Bukit Kiara, di sini hari ini.



Malah sehingga kini, ibu bapa kanak-kanak berkenaan masih belum

menerima sebarang panggilan daripada lelaki yang melarikan anaknya itu

bagi tujuan meminta wang tebusan.









Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 pagi itu, kanak-kanak berkenaan,

Nayati Shamelin Moodliar, 12, baru sahaja keluar dari kawasan

perumahannya yang terletak kira-kira 50 meter dari sekolahnya.Bapa mangsa, Sham Moodliar, 42, berkata sebelum kejadian, dia menyiapkan anak tunggalnya itu untuk ke sekolah.Katanya, sebaik anaknya keluar, dia menerima panggilan daripada guru

besar sekolah anaknya itu yang memaklumkan anaknya yang berpakaian baju T

berwarna putih dan seluar pendek hijau dilarikan dua individu tidak

dikenali dengan menaiki kereta berwarna hitam yang dipercayai menunggu

di lokasi berkenaan sejak awal pagi lagi.“Saya difahamkan ketika kejadian, anak saya baru tiba di persimpangan

Jalan Kiara sebelum didatangi dua lelaki berkulit gelap yang menariknya

masuk ke dalam kereta dan melarikan diri ke arah ibu kota.“Kejadian

berkenaan disaksikan orang ramai yang kemudian menghubungi pihak

sekolah dan kami juga sudah menyerahkan rakaman kamera litar tertutup

(CCTV) sebuah kondominium berdekatan yang berjaya merakam kejadian itu

ketika membuat laporan polis,” katanya ketika ditemui di lokasi

kejadian, semalam.Beliau yang bekerja sebagai perunding kanan

sebuah firma pengurusan itu berkata, sehingga kini, dia tidak dihubungi

kumpulan penculik itu malah menafikan mempunyai musuh perniagaan kerana

baru lapan bulan keluarganya tiba di Malaysia.Menurutnya,

kejadian berkenaan nyata sudah dirancang rapi berikutan pengawal

keselamatan nampak kereta yang dinaiki penculik itu diletakkan dalam

arah bertentangan di Jalan Kiara 1 bagi memudahkan mereka melarikan

diri.“Saya tidak tahu sebab anak saya menjadi pilihan mereka

malah saya tidak pernah berselisih faham mahupun bergaduh dengan sesiapa

sejak tiba di negara ini.“Kami merayu kepada kumpulan penculik

itu agar mengembalikan anak tunggal kami itu mahupun menghubungi kami

sekiranya memerlukan wang untuk membebaskannya,” katanya yang hadir

bersama isterinya, Janice Smith, 40.Susulan kejadian itu, keluarga mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Mont Kiara untuk tindakan lanjut.Sementara

itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, pihaknya

sudah menerima laporan polis daripada keluarga mangsa seketika selepas

kejadian berkenaan.Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana melarikan orang di bawah penjagaan yang sah.http://www.hmetro.com.my/articles/TERKINI_Kanak-kanakBelandahilangdilarikandualelaki/Article

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my