myMasjid | Majlis Ilmu | Download Audio Kuliah| Forum | Komuniti | Al-Quran | Sahih Muslim | Emel Percuma Login :: Daftar :: Lupa Kata Laluan

Projek myMasjid
www.mymasjid.net.my

 

(Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka): "Maka segeralah kamu kembali kepada Allah (dengan bertaubat dan taat), sesungguhnya aku diutuskan Allah kepada kamu, sebagai pemberi amaran yang nyata.(Adz-Dzaariyaat : 50)
Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w apabila diberi makanan, baginda akan bertanya terlebih duhulu mengenainya. Jika dikatakan hadiah, baginda akan memakannya dan jika dikatakan sedekah baginda tidak akan memakannya.(Riwayat Muslim)
 

Forum myMasjid

| Mula Topik Baru |Indeks
Fw: Pesanan dr fadilah kamsah ..
Oleh Zana., 2009-06-05 07:53:55, IP : 211.24.222.99

 

Dr.Fadhilah Kamsah menulis ……..

Assalammualaikum. ......
Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen( sisa-sisa) nasik yang dia makan ...dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa,mesti ada sikit belen ... tapi taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu ...

Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan ....either belen makanan mak atau abah ... tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan... kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain ... samada kami perasan atau tidak ....so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak ...

Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri ...arwah tok perempuan kami lah sebelah abah ....mak kata,supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak...dan saya sendiri akui kesannya .....makin umur kita meningkat,hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu..

Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu..jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan,dah ada anak sendiri esok ...jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak... samalah ceritanya ..dan mak kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua,dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ...dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah,mereka- mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka ... solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib ... kalau ada lebih dari sorang anak,suruh sorang azan dan sorang Qiam ... kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat... ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang ...

Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling paling berkesan sekali ....tak caya try buat ...solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib .... dapat semua waktu lagi baik ...sangat besar rahsia dan peranan dapur rupa-rupanya. ..dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.

"Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita". Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family.Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So,its good if we can remind each other because in Rasulullahs last sermon,baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others,and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly....

Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge; youll lose nothing. Wallahu Alam... Terima Kasih,

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

Zana,

Sebagaimana yang ash tintakan di Maafkan Ayah......Mira,
Dr. Fadilah Kamsah bermula dgn serba kekurangan, tetapi dek kerana terlalu gigih ayahandanya mendidik anak-anaknya, beserta cenderongnya Dr. Fadilah terhadap pelajaran, maka ash sifatkan mereka sekeluarga telah berjaya dalam pelajaran, kehidupan dan disamping itu berjaya mengeluarkan keluarganya (ayahanda dan bondanya) dari hidup yang seba kekurangan ke satu tahap yang boleh dianggap selesa. ash secara peribadi memang mengenali Dr. Fadilah dan ayahandanya Wak Kamsah yang tinggal di Sg. Pinang, Klang.

senyum itu adalah sebahagian daripada iman.

05-Jun-2009, 4:12:58 pm, IP:124.82.15.19

alhamdulillah...

Iya....
ada pertalian darah ke dgn mereka??? Smile

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

06-Jun-2009, 11:49:11 pm, IP:203.106.150.172

hermm tang makanan tu.. Datuk Hassan Din ada pesan kalau makanan kita jatuh, jgn terus ignore.. kalu boleh diambil, ambil... kerana mungkin syaitan yang tolong bagi jatuh kerana itule rezeki yang berkah...

"Udep Sare Mati Syahid"

08-Jun-2009, 11:39:26 am, IP:203.82.79.104

sebb tu org2 dulu umpamakan nasi tu akan nangis bila bersepah
kalau tak makan dengan hati2..
moralnya..mkan apa pun mulakan dengan doa
supaya ada di antara makanan tu yang ada keberkatannya tersendiri
walaupun sama..

08-Jun-2009, 3:01:39 pm, IP:60.50.126.212

anggerik tak penah jatuhkan nasik sbb sume nasik jatuh kat mulut Smile
pinggan bekas nasik tu pun bole letak kat para terus, takyah basuh sbb licin Smile

Aku masih berdiri dan akan terus berlari..

08-Jun-2009, 5:12:37 pm, IP:202.190.124.12

Hebat ko anggerik...
Eh! mana Putera ye..
ko biarkan dia dlm hutan lama2..

nanti di kejar harimau..
kan ke ko yg nangis tak berirama nanti... Smile

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

08-Jun-2009, 5:14:28 pm, IP:211.24.222.99

tgk misai dia pun, rimau yg cabut lari Smile
anggerik tgk kening dia pun dah seriau semacam Very Happy

Aku masih berdiri dan akan terus berlari..

08-Jun-2009, 5:25:21 pm, IP:202.190.124.12

Anggerik........
aura pahlawan tu... Smile

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

09-Jun-2009, 7:27:56 am, IP:211.24.222.99

muke je mcm pahlawan
tapi manja Smile

Aku masih berdiri dan akan terus berlari..

09-Jun-2009, 10:16:56 am, IP:202.190.124.12

Tak de le Kak Ngah ooooi!

Cuma mengenali Wak Khamsah secara dekat,
begitu juga ngan anak-anaknya.
Mereka sama ngan Y dan mugkin Comey, tapi berasal dan menetap di Klang sedangkan saya melayu berasal dari Seberang Perai.

senyum itu adalah sebahagian daripada iman.

09-Jun-2009, 11:09:11 am, IP:124.82.7.208

Kenapa dgn abg Y..
Dia pun Melayu kan...

Ala.. Ashfat..
Siapa bilang Melayu tak ada yg Macho..
Eh! Seberang??? Indonesia ke????

Zana pun Melayu juga...
tapi zana Melayu biasa2 aje...
kekadang org kata sabah juga...
Mungkin nampak cam org pendalaman agaknya..
Ye lah kurang serba serbi... Smile

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

09-Jun-2009, 12:40:13 pm, IP:211.24.222.99

anggerik lagi ler
mata sepet pipi bulats
selalu org kater sabahan Smile
lagi2 la sejak kulit tak jumpe matahari Very Happy

time pi shopping complex
ada jer promoter yg ckp cina dgn anggerik

ader satu hari tu dok kat bus stop dpn klinik
sorg misi tu tanye kat anggerik "lu tunggu sape?"
hehehe hampeh je rasa

Aku masih berdiri dan akan terus berlari..

09-Jun-2009, 2:01:19 pm, IP:202.190.124.12

iya......... Smile

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

09-Jun-2009, 2:22:53 pm, IP:211.24.222.99

Awan mendung hujan tak jadi
Bayu pagi dingin menyegarkan
Tika beruntung berbangga diri
Bila rugi takdir disalahkan.

"Udep Sare Mati Syahid"

09-Jun-2009, 3:03:31 pm, IP:203.82.79.101

Sahabat....

Halia ini tanam-tanaman
Ke barat juga akan rebahnya
Dunia ini pinjam-pinjaman
Ke akhirat juga akan sudahnya

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

09-Jun-2009, 3:21:34 pm, IP:211.24.222.99

berjalan jalan di dalam taman
cuba legakan sakit kepala
dah tahu dunia hanya pinjaman
kenapa ramai masih rindukannya

"Udep Sare Mati Syahid"

09-Jun-2009, 3:29:34 pm, IP:203.82.79.101

Bunga mawar harumnya
Buat suntingan si rupawan
Sebab ia tercipta untuk kita
bertuah pada yg dalam redhonya

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

09-Jun-2009, 3:44:36 pm, IP:211.24.222.99

mari petik buah lokan
jaga duri mencucuk badan
nikmat seketika tegar dipertahankan
nikmat selamanya sengaja diabaikan

"Udep Sare Mati Syahid"

09-Jun-2009, 3:47:53 pm, IP:203.82.79.101

Buah lokan enak dimakan
Duri tercucuk memang terasa
Hidayah tuhan bukan ciptaan
Moga tidak kita tersasar dariNya

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

09-Jun-2009, 4:06:28 pm, IP:211.24.222.99

kalau tak tahu pergile tanya
tidak le diri dalam dilema
hidayah itu anugerah dariNYA
moga kita dalam senarai penerima

"Udep Sare Mati Syahid"

09-Jun-2009, 4:09:39 pm, IP:203.82.79.102

Insyaallah sahabat... Smile

tanam pinang rapat-rapat
biar senang kuda berlari
kutanya sahabat tak dapat-dapat
biar ku diamkan diri...

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

09-Jun-2009, 4:18:00 pm, IP:211.24.222.99

jangan dibuat perkara sia sia
kelak hati memendam rasa
bukan sengaja nak berrahsia
tak berselindung dibalik kata kata

"Udep Sare Mati Syahid"

09-Jun-2009, 4:21:52 pm, IP:203.82.79.102

6 tahun terpisah di maya
Rezeki tuhan ku kembali jua
Jika benar sahabat tidak berahsia
Maaf kan daku cetek mentafsir makna..

Emm... memang tak terjangkau minda.......... Sad

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

09-Jun-2009, 4:38:29 pm, IP:211.24.222.99

naik fening baca mantun Smile

Aku masih berdiri dan akan terus berlari..

09-Jun-2009, 6:31:49 pm, IP:202.190.124.12

........... Smile

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

09-Jun-2009, 11:48:45 pm, IP:203.106.151.102

Ashfat...

Ada tinta dlm emosi ke dalam ayat nie...

"Tak de le Kak Ngah ooooi!
Cuma mengenali Wak Khamsah secara dekat,
begitu juga ngan anak-anaknya.
Mereka sama ngan Y dan mugkin Comey, tapi berasal dan menetap di Klang sedangkan saya melayu berasal dari Seberang Perai."

Jika Ya...
Pohon Maaf andai ada yg terguris di Jiwa...

Sedihlah jika semua sahabat gini...
mau jadi memori dulu gini..

apa pun maafkan atas segala kenaifan yg zana ada...

Ashfat...
Tiada sebarang niat apa dalam persoalan zana ttg pertalian darah tu..
ikhlas dari hati..

Pohon Permisi...
-Zana- @~

Catatan
9/6/09

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

09-Jun-2009, 11:57:16 pm, IP:203.106.151.102

tak ada apa yang terasa.
tak yah nak pohon maaf.

senyum itu adalah sebahagian daripada iman.

10-Jun-2009, 11:07:17 am, IP:118.101.54.234

.......... k

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

10-Jun-2009, 12:41:11 pm, IP:211.24.222.99

jgn gaduh2
nanti ter kawin pulaks Smile

Aku masih berdiri dan akan terus berlari..

10-Jun-2009, 1:08:13 pm, IP:202.190.124.12

ish.. mana ada gaduhnya...

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

10-Jun-2009, 1:21:49 pm, IP:211.24.222.99

Laman :    1 2 >> Akhir

Sila login untuk menghantar komen.

Waktu Solat & Berbuka Puasa

Kuala Lumpur
08-Sep-2010 | 29 Ramadhan, 1431
[ Lihat Kawasan Lain ]
Imsak : 05:41 Asar : 16:18
Subuh : 05:51 Magrib : 19:18
Syuruk : 07:07 Isyak : 20:27
Zohor : 13:14    
Powered By : WaktuSolat.net

Iklan

Sertai myJodoh, Portal Mencari Jodoh Untuk Muslimin dan Muslimat Download Audio Kuliah

Majlis Ilmu

Respon Terkini Di Forum

Pengguna Online

aimanBakri Ibni ShahMOHD HAMDANbaharinMusniMohammad Rosli HussiFadzliaminuddin abasisemaailazli marzukihazwarirosni ahmadAbd Rahim bin YusofAl-Hafiz Bin Sallehnoraini yunusadzhar01cilokoroMOHAMAD FIRDAUSwan suhilazmanbasha kushairimohd zamzurinoorfazadwiyyahKhatijah Ibrahimmarhalimfairuzsabri sabrandinSafuan

Komuniti Telatah Orang Kampung

48 online user(s)

Sebarang Masalah, Sila Hubungi Webmaster : azrul.alwi@gmail.com