www.myjodoh.net
Oleh ida
02-Sep-2005 08:40:14

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Erti "Syaaban" ialah berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut bertempiaran ke mana-mana tempat untuk mencari air, setengahnya mengatakan bahawa mereka mencari air itu di gua-gua. Ada pendapat pula mengatakan Syaaban bermaksud pemisah iaitu pemisahan di antara bulan Rejab dan Ramadhan.
Menurut Yahya bin Mu'adz pula: Sesungguhnya perkataan Syaaban itu terbentuk dari lima huruf, yang mana setiap huruf merupakan singkatan kurnia kepada orang-orang yang beriman. adalah singkatan yang bererti kemuliaan dan pertolongan, singkatan kepada yang bererti keperkasaan dan keutamaan, singkatan kepada ertinya kebaikan, singkatan bagi ertinya rasa kasih sayang dan singkatan bagi yang bererti cahaya.
Dari berbagai keterangan mengenai pengertian bulan Syaaban itu tadi dapatlah disimpulkan bahawa pada bulan ini adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan.
Rasulullah S.A.W.. telah bersabda yang maksudnya:
"Tahukah kamu sekalian, mengapa dinamakan bulan Syaaban?" Maka umatnya menjawab: "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui".
Baginda bersabda:
"Kerana di dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali." (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).
Allah S.W.T mengangkat darjat orang yang menghidupkan bulan ini dengan amalan ibadat. Dalam bulan ini, Allah S.W.T banyak memberi rahmat dan kurnia kepada hamba-Nya. Mengenai rahmat Allah itu Rasulullah S.A.W. ada bersabda yang bermaksud, "Allah mengangkat amalan-amalan ... ... ..
Sila login atau daftar untuk baca selanjutnya. Its FREE.
Please login or register to leave a comment.
webmaster@mymasjid.net.my