Terkini  Popular    Mula Topik

Tekanan Yang Melampau !!!tolonglah

2005-06-23 13:05:08
Oleh
rynie
saya sudah beumahtangga selama setahun dan baru mendapat cahayamata yg pertama 3 bulan yg lepas.saya tinggal dirumah mak mertua sejak kawin
sblm kawin suami saya pernah berjanji akan tinggal berasingan tapi disebabkan masalh ekonomi kami terpaksa duduk di rumah mertua.suami saya adalah anak sulong,selain kami dan mak mertua(ayah dah cerai) adik yang lain ada 2 org tinggal bersama.
walaupun tidak selesa saya cuba untuk bersabar
kerana kasihan kan suami.
baru-baru ni adik perempuannya yang baru bercerai telah tinggal bersama so bertambahlah ahli dalam rumah tersebut.walaupun hati saya meronta-ronta untuk keluar dari rumah itu tapi bila fikirkan keadaan suami saya cuba bersabar dan anggaplah itu adalah pengobanan saya utknya.suami saya sangat sayang pada saya dan melayan saya dengan baik sekali walaupun serba kekurangan .biasalah kalu duduk ramai2 macam2 maslah tapi saya cuba kuatkan semangat walaupun masa tu saya mengandung.bertambah tension dengan keadaan adik beradik mereka yg suka bergaduh.suami saya faham perasaan saya tapi dia suruh saya bersabar.berbalik kepada adiknya yang lepas cerai tu,pada mula nya hubungan kami baik,tapi pada suatu hari tu ada sedikit perselisihan
antara dia dgn suami.adik dia ni mulut bapak la lasernya tapi saya bersabar jer walaupun saya pernah menagis dalam diam.kami tak bertegur sapa.buat pengetahuan, dia jaga anak saya sebab saya bekerja. sampaikan anak saya dia takanak pegang sbb bengang kat kami.saya terpaksa bawa gi ofis sbb takder org nak jaga.tapi pas tu dia ok setelah mak mertua saya nasihat dia ,dia pun jagalah tapi kami dah tak semesra dahulu lagi.pasal kejadian tu,saya lihat mak mertuA saya macam lebih salahkan kami kerana tak faham keadaan dan perasaan adik yang baru lepas cerai ni. lebih-lebih lagi mak merua saya mula mengungkit dan campur tangan pasal rumahtangga kami.Dia kata saya tak jaga mkn minum suami dan tak pandai jaga anak. sebenarnya saya jarang buat sarapan utk suami dan suami ckp dia faham keadaan saya dan tak kisah.mak mertua saya cakap suami saya sakit perut la tak makan pagi dan menyalahkan saya.kalu anak menagis dia dia kata saya tak buat itu la ini la.tak buat apa yg dia suruh dan banyak sangat pantang larangnya.saya bertambah tension dengn keadaan ni.suami saya suruh saya bersabar tapi smpai bila saya harus bersabar.tak salah mereka ingin nasihati saya tapi bukan itu caranya.mak saya selalu perli saya depan adik -adik ipar yg lain.hinggakan mereka tidak lagi hormat pada saya sebagai k.long mereka kerana banyak sangat kelemahan saya yg mereka nampak dan cuba memperlekehkan saya.saya sudah tak aman duduk disitu.keadaan ini semua berlaku kerana adiknya(dicerai).saya tahu banyak kelemahan saya dan banyak yg perlu saya belajar lagi.dia pernah perli kalu tak pandai tak payah kawin la..adik yg diceraikan ni dia ni first class la menguruskan kan rumah tanggga sehinggalah menguruskan baby.sblm ni dia ada jaga anak orang so espert la tu.serba tahula katakan.mana taknya di dah kawin 6 tahun manakala saya baru nak belajar hidup berumahtangga.dia diceraikan kerna mereka tak dikurnikan zuriat.

sekarang ni saya malas dan berat hati nak balik umah walaupun hati kecil ini rindu nak jumpa anak yg seharian tak cium.dengan mertua pun saya dah tak mesra seperti dulu lagi saya dah malas nak luahkan pada suami kerana tekanan kerja yg dia hadapi dah banyak.saya kasihan kat dia tapi saya yg menderita ni nak gila dah rasanya.

tolonglah apa harus ku buat!!!!!

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my