Terkini  Popular    Mula Topik

Surah Membakar Syaitan

2005-04-09 12:23:49
Oleh
adzli




http://www.geocities.com/adzli_muhd/tulisnagong.jpg


PERISTIWA TULISAN AGUNG

Hadis diriwayatkan oleh Baihaqi, seorang sahabat Nabi s.a.w bernama Abu Dajanah yang berkata "Aku telah mengadu kepada Rasulullah dengan berkata,

"wahai Rasulullah, sedang aku berbaring tiba-tiba aku mendengar desir suara sepeerti bunyi kisaran gandum dan berdengung sepeerti suara lebah. Dan aku terlihat pancaran seperti pancaran kilat. Lalu aku mengangkat kepala kerana terkejut dan takut. Tiba-tiba aku nampak bayangan hitam berdiri tegak memanjang memenuhi ruang rumahku. Lalu aku mendekati bayangan itu aku terasa kulitnya seperti bulu landak. Bayang itu menyemburkan cahaya seperti semburan bunga api ke arah mukaku sehingga aku menyangka badan dan rumahku terbakar".

Lalu Rasulullah menyatakan "itu adalah syaitan yang mahu mengacau atau membuat keburukan dirumahmu ya Abu Dajanah."

Lalu Rasulullah menyuruh Ali bin Abi Talib, tulislah ini. Maka Saidini Ali pun menulisnya seperti di atas.

Aku membawa tulisan tersebut balik kerumah dan aku letakkan di kepala dan tidur. Tidak lama aku mendengar jeritan dan tangisan berkata "wahai Abu Dajanah, engkau telah membakar kami dengan perkataan/tulisan di atas." Demi kebenaran sahabat Mu tolonglah buangkan tulisan tersebut. Aku takkan datang mengacau kau lagi. Tolonglah! Abu Dajanah menjawab, "aku tidak akan membuangnya sehingga Rasulullah menyuruh aku membuangnya,"

Abu Dajanah menyambung ceritanya, sepanjang malam tersebut aku mendengar jeritan dan suara mengerang kesakitan sehinggalah menjelang subuh. Ketika aku sembahyang subuh bersama Rasulullah aku pun menceritakan kepada baginda hal tersebut. Demi Allah yang telah mengutusku sebagai Rasul, sesungguhnya mereka (syaitan-syaitan) itu telah merasakan kesakitan dan akan menerima azab siksa hingga ke hari kiamat.

KEISTIMEWAAN AYAT INI
1. Menghalang gangguan makhluk halus.
2. Menghalang ilmu hitam dan sihir.
3. Menundukkan kezaliman orang yang zalim.
4. Memecahbelahkan kesatuan musuh.Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my