Terkini  Popular    Mula Topik

Jenama Sosej Bersalut Babi

2005-03-23 09:24:30
Oleh
adzli
KENYATAAN MEDIA - ANGKATAN MUDA MALAYSIA

17 MAC 2005
TARIK SEMUA PRODUK YANG DIRAGUI DARI PASARAN

Angkatan Muda Malaysia memandang serius mengegani perkembangan sosej "halal" yang menggunakan usus babi sebagai sarungnya.
Ini merupakan pencabulan hak asas umat Islam untuk mendapatkan keselesaan makanan halal mengikut syariat Islam.
Menurut laporan media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan beberapa agensi berkenaan baru-baru ini yang menyerbu ke sebuah pusat memproses sosej yang berada di Selayang dan telah menemui penemuan yang menggemparkan apabila mendapati sosej-sosej yang diproses di situ menggunakan usus babi.
Pendedahan sosej bersalutkan usus babi yang berada dalam pasaran ketika ini dianggap keterlaluan kerana jelas pihak pengusaha kilang tidak sensitif dengan sensitiviti penduduk Islam di negara ini.
Berikutan itu PPIM melalui satu siaran medianya menjelaskan bahawa enam jenama sosej yang telah dikenalpasti dicampur usus babi adalah  
1. Gourmessa,
2. Muller's Haus,
3. Dew Fresh,
4. Puteri,
5. Miami Butcher House dan
6. Maspac.

Menurut PPIM lagi, kebanyakkan jenama-jenama ini (sosej) dibekalkan kepada hotel-hotel terkemuka di Kuala Lumpur dan Selangor serta di beberapa pasar raya besar di seluruh Malaysia.
Di antara pengilang yang mengeluarkan produk sosej yang didapati menggunakan usus babi dan memasarkan di pasaran tempatan adalah;
1. Deluxe Food Services Sdn Bhd di Shah Alam (Gourmessa),
2. German Delicatessen – Subang (Muller's Haus dan Dew Fresh),
3. Puteri Pan Pacific(Puteri),
4. Miami Butcher House - Batu Feringgi (Miami Butcher House),
5. Omcorp Sdn Bhd - Bukit Angkat Kajang (Dew Fresh) dan
6. Pacific Refgerating Sdn Bhd (Maspac).

Antara hotel dan restoran yang disyaki menyajikan dan menjual sosej menggunakan usus babi adalah
1. Palace of Golden Horses,
2. Coffee Bean Tea Leaf,
3. Hotel Equatorial,
4. Ikea Cafe, dan
5. Muller Sousage.

Angkatan Muda Malaysia mendesak tindakkan segera Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk menarik segera semua produk yang diragui dari pasaran dan meminta semua restoran terbabit menghentikan penggunanan produk tersebut. Tindakkan segera ini perlu demi menjaga hak asas umat Islam untuk mendapatkan makanan halal.
Angkatan Muda Malaysia melihat perkembangan ini amat memalukan. Ini menunjukkan kelemahan pengurusan makanan halal di negara ini.
Negara dan agensi yang bertanggungjawab seharusnya malu kerana dalam keadaan Malaysia begitu sibuk untuk menjuarai label produk halal akhirnya peristiwa yang memalukan berlaku dalam negara sendiri.
Kelemahan ini jelas terbukti apabila, maklumat dari Ibu Pejabat Perkhidmatan Haiwan menyatakan pada masa ini tidak ada logi-logi di luar negara yang diiktiraf dan disahkan halal oleh Malaysia bagi membekalkan 'natural casing' atau 'collagen', tetapi hanya menggunakan bahan daripada campuran sayur-sayuran sahaja untuk menghasilkan sosej. Ini menununjukkan perhatian yang kurang dan sambil lewa diberikan terhadap isu produk halal ini.
Ketidak seriusan kerajaan dalam isu ini dapat diperjelaskan lagi apabila laporan media hari ini mendedahkan yang JAKIM hanya mempunyai 6 orang pegawai yang ditugaskan dalam penyeliaan label halal bagi seluruh negara. Ini satu perkara yang tidak munasahah.
Jesteru ini Angkatan Muda Malaysia mendesak untuk pihak berkenaan menarik semula produk yang diragui dari pasaran dan meminta restoran – restoran berkenaan tidak menggunakan produk meragukan.
Disamping itu umat Islam di peringatkan supaya berhati – hati dan cuba elakkan untuk membeli produk atau memasuki restoran yang meragukan.
Sesuatu harus dilakukan segera pihak yang berkenaan sama ada JAKIM atau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna harus lebih bertanggungjawab dan bukan bertindak mengikut musim.

ZARERAH HANIM MD ZAKI
Exco Angkatan Muda Malaysia
0126262929
penerangan_keadilan@yahoo.com

(Andai hidup punca perpisahan,

biarlah mati menyambungnya semula.

Namun seandainya mati punca perpisahan,

biarlah hidup ini membawa ERTI yang NYATA

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my