Terkini  Popular    Mula Topik

Keunikan Alam-bukti Kebenaran Al-quran

2004-12-04 14:06:13

Kebenarnya, dalam al-Quran terdapat banyak fakta dan mukjizat yang saintifik. Banyak laman web, buku-buku serta video telah dihasilkan untuk membuktikan bahawa Islam itu asalnya daripada Allah, bukannya dicipta. Ini dilengkapi dengan bukti dan sokongan serta hujah yang tepat secara saintifik dalam al-Quran dan hadis.

Impak positif ini telah dapat membongkar banyak kejanggalan dan kepelikan yang terlalu saintifik. Salah seorang geologis marin dari Jepun iaitu Profesor Siaveda pernah menyatakan bahawa bumi terbentuk dalam keadaan berpasak-pasak. Ini bermakna, lapisan yang tinggi akan membentuk gunung manakala cenuramnya akan membentuk jurang dalam lautan. Sebenarnya, kejadian bumi dalam bentuk pasak telah lama termaktub dalam al-Quran surah An-Naba': 6-7 sebagaimana berikut: Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan? Dan gunung-ganang sebagai pasak.Di sini jelas membuktikan bahawa al-Quran itu benar datangnya daripada Allah, bukan kitab ciptaan. Juga membuktikan bahawa aspek sains sendiri ada yang tidak bercanggah dengan pernyataan al-Quran.

Dari aspek lautan, sains ada menyatakan bahawa bumi terdiri daripada 75% air. Berkaitan dengan hikmah penciptaan laut, Allah s.w.t. telah berfirman dalam surah an-Nahl ayat 14 yang bermaksud: Dan Dialah, Allah yang menciptakan lautan (untuk kamu), agar kamu dapat memakan daripadanya daging yang segar (ikan), dan kamu mengeluarkan dari lautan itu perhiasan yang kamu pakai, dan kamu melihat kapal belayar padanya, dan supaya kamu mencari keuntungan daripada kurnia-Nya dan supaya kamu bersyukur.''Allah s.w.t. telah menciptakan lautan dengan luasnya yang mengkagumkan. Manfaatnya adalah sangat besar. Lautan diciptakan-Nya mengelilingi seluruh bumi.

Padahal lautan itu merupakan bumi yang digenangi air yang amat banyak meliputi seluruh bumi. Hingga seluruh daratan dan pergunungan yang nampak, jika dibandingkan dengan lautan adalah laksana buih yang sedikit yang berada di permukaan lautan yang luas.Mr. Jacques Yves Costeau merupakan seorang Oceanografer (ahli lautan) dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Beliau telah menyelam di banyak dasar lautan seluruh dunia, malah turut menghasilkan filem dokumentari tentang keindahan alam bawah laut untuk tontonan jutaan manusia di seluruh dunia. Ketika sedang melakukan penerokaan di dasar laut, beliau menemui beberapa kumpulan mata air tawar yang segar dan tidak bercampur dengan air laut yang masin di sekelilingnya . KeganjilanFenomena ini seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi kedua-duanya.

Keganjilan ini memberikan kekaguman yang tinggi kepada beliau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dan air masin di tengah-tengah laut berkenaan. Beliau pada mulanya berfikir, adakah itu hanya halusinasi atau khayalan sewaktu menyelam. Pun, setelah kejadian itu beliau terus berusaha mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil berkenaan.Suatu hari, beliau bertemu dengan seorang profesor Muslim, lantas menceritakan fenomena ganjil itu. Lantas profesor tersebut teringat satu ayat al-Quran tentang penemuan dengan dua lautan dalam surah ar-Rahman ayat 19-20 yang sering dikaitkan dengan terusan Suez. Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara kedua-duanya ada batas yang tidak boleh ditembus.'' Jelasnya, fenomena keganjilan alam ini sebenarnya sudah pun termaktub dalam al-Quran, al-Furqan-53: Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan dia jadikan antara kedua-duanya dinding dan batas yang menghalangi.Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang penemuan dua lautan yang tidak bercampur itu diertikan sebagai keadaan muara sungai, apabila terjadinya pertemuan antara air tawar (sungai) dan air masin dari air laut. Namun, tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya daripada surah ar-Rahman ayat 22 yang bermaksud: Keluar daripada kedua-duanya mutiara dan marjan. Sedangkan, di muara sungai tidak ditemui mutiara.

Di sini satu lagi bukti penemuan geologi lautan yang sebenarnya telah tercatat dalam al-Quran.Impaknya, Mr. Costeau terpesona mendengar ayat-ayat al-Quran itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di dasar lautan. Beliau berpendapat bahawa, mustahil al-Quran disusun oleh Nabi Muhammad s.a.w., semasa zaman yang belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang begitu jauh di dasar lautan. Pun, fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad ke 20. Ini nyata membuktikan bahawa al-Quran telah mendahului segala-galanya. Dan Alhamdulillah, beliau mendapat hidayah daripada Allah untuk memeluk Islam.

Sains juga pernah menyebut bahawa lapisan kerak bumi adalah kawasan yang sentiasa bergolak. Proses pergolakan ini memberi kesan terhadap susun atur dan struktur batuan. Geseran, himpitan, dan lipatan menghasilkan tekanan dan suhu yang tinggi dalam kerak bumi. Tekanan dan suhu yang tinggi menolak keluar batuan, bahan pepejal, cecair dan gas ke permukaan bumi melalui letupan gunung berapi. Bahan cecair yang membeku dan debu akan membentuk tanah atas. Jelasnya di sini ialah, lapisan bumi itu adalah tidak statik (tidak bergerak-gerak). Sebenarnya, fenomena ini telah disebut oleh Allah s.w.t. dalam surah an-Naml ayat 88 yang bermaksud: Dan kamu lihat gunung-gunung itu kamu sangka ia tetap di tempatnya padahal ia berjalan sebagai jalannya awan. (Begitulah) Perbuatan Allah membuat dengan kukuh tiap-tiap sesuatu; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.Allah yang menciptakan alam ini tidak membiarkan manusia untuk mencari jawapannya kerana Dia Maha Mengetahui akan kelemahan hamba-Nya. Di antaranya, kita tidak boleh menjelajah jauh ke seluruh pelosok alam untuk mengetahui keadaan sebenar seluruh alam. Apa yang manusia boleh lakukan hanya meramalkan berdasarkan dengan sedikit ilmu yang ada. Mungkin betul dan mungkin juga salah.

Oleh kerana itulah Allah telah memberitahu manusia jawapan bagaimana dan siapa yang menciptakan alam ini. Jawapan-Nya diterangkan di dalam al-Quran melalui Rasul-Nya. Jelasnya di sini ialah, terdapat banyak kejanggalan dan keanehan serta keganjilan fenomena geologi yang telah tercakup dalam al-Quran. Justeru, tiada lagi alasan untuk manusia menyangkal kebenaran al-Quran serta kekuasaan Allah s.w.t. Setiap kejadian geologi ada hikmah yang tersurat dan tersirat seperti mana firman Allah dalam surah al-Mursalat ayat 25-26 yang bermaksud; Bukankah Kami jadikan bumi sebagai tempat berkumpul orang-orang hidup dan orang-orang mati?Alam semestaAl-Quran diturunkan semasa hayat Rasullullah iaitu lebih 1500 tahun dahulu. Sedangkan, penemuan ini baru berlaku pada zaman ini. Jadi, adalah mustahil bahawa al-Quran itu direka-reka. Allah s.w.t. Maha Pencipta. Dengan sifat-Nya ini, Allah s.w.t. boleh menciptakan langit dan bumi melalui proses yang dikehendaki-Nya.Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataan-Nya pada waktu Dia menyatakan, jadilah lalu terjadilah, dan di tangan-Nyalah segala kekuasaan pada waktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. (Al-An`am: 73)Asal kejadian alam semesta sehingga terbentuknya bumi, terdapat tiga maklumat penting yang terkandung (Dr Zakaria Awang Soh, 1990) iaitu; Bahan yang membentuk alam semesta ini merupakan satu entiti (suatu yang wujud/tunggal), Keseluruhan alam semesta, langit dan bumi adalah tercantum dalam satu unit dan Pemisahan berlaku secara sistematik untuk menghasilkan hukum-hukum fizikal dan peningkatan jirim.Apa pun penemuan sains tentang keunikan alam, al-Quran telah mendahului. Jadi, mungkinkah isi kandungan al-Quran itu dicipta?


Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my