Terkini  Popular    Mula Topik

Buat Kerja Sambilan Di Rumah.....janganlah....

2002-07-02 14:36:11
assalamualaikum...kawan dan sahabat sekalian..
saya cuma nak beritahu berita yg terbaru mengenai penipuan kerja sambilan di rumah..

saya dan kawan telah mengambil risiko untuk membuat kerja sambilan kat umah dengan membayar diposit sebanyak RM 295.00 termasuk pendaftaran kepada Syarikat WEB LIGHT ELECTRONIC di Jalan Permata, Cheras..Company nie telah berdaftar dari apa yg telah saya semak.

Pagi tadi kami telah pergi ke ofis tersebut untuk mengambil produk yang di janjikan tapi malangnya kami telah di tipu oleh company terbabit...Ramai mangsa penipuan menerima nasib yg sama seperti kami...ada yang sanggup membayar diposit produk tersebut dengan harga RM50,000.00 dan lebih dari itu..

Keadaan menjadi huru hara...ramai mangsa dah mengambil harta company berkenaan..seperti computer, meja, kerusi, almari, pot mineral water dan barang-barang ofis...saya dan kawan saya tak sempat nak mengambil satu apa pun coz keadaan begitu huru hara hinggalah polis dan wartawan datang buat liputan...

Memang saya dan kawan saya terkilan...coz kami nak cari duit dengan cara halal bukannya melalui skim cepat kaya..kami di janjikan jika produk yang telah di siapkan akan mendapat upah sebanyak RM0.50. Apa nak buat...memang tak der rezeki kami...

kalau korang nak tahu ngan lebih lanjut ..korang bacalah paper besok..saya harap kawan semua berhati-hatilah...banyak jenis manusia kat dunia nie...

Diskusi

Komen anda
webmaster@mymasjid.net.my