Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Jihad Dan Strateginya > Bab Pertempuran Zatu Ar Riqa'
    Hadis Abu Musa r.a katanya: Kami telah keluar berperang bersama Rasulullah s.a.w, bilangan kami adalah seramai enam orang. Ketika itu kami hanya membawa seekor unta dan menunggangnya secara bergilir-gilir, kadang-kadang tapak kaki kami termasuk kaki ku sendiri terluka akibat perjalanan tanpa memakai alas kaki sehingga kuku kakiku tercabut. Lalu kami membalutnya dengan cebisan kain. Setelah itu peperangan tersebut telah dinamakan dengan peperangan Zatu Ar-Riqa', kerana sepanjang peperangan tersebut kami berperang dalam keadaan kaki yang berbalut dengan cebisan kain.info
webmaster@mymasjid.net.my