Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Jihad Dan Strateginya > Bab Peperangan Ahzab Atau Khandaq
    Hadis Al-Bara' r.a katanya: Semasa berlaku peperangan Ahzab Rasulullah s.a.w turut sama mengangkut pasir atau tanah bersama-sama kami. Kemudian kami melihat perut baginda telah berlumuran debu dan baginda berkata: وَاللَّهِ لَوْلَا أَنْتَ مَا اهْتَدَيْنَا وَلَا تَصَدَّقْنَا وَلَا صَلَّيْنَا فَأَنْزِلَنْ سَكِينَةً عَلَيْنَا إِنَّ الْأُلَى قَدْ أَبَوْا عَلَيْنَا Yang bermaksud: Ya Allah! Sekiranya Engkau tiada nescaya kami tidak akan mendapat petunjuk. Tidak mungkin kami akan bersedekah dan bersembahyang. Turunkanlah kepada kami suatu ketenangan. Sesungguhnya dari kalangan mereka masih ada yang enggan bersama kami. Mengikut setengah riwayat baginda menyebut: إِنَّ الْمَلَا قَدْ أَبَوْا عَلَيْنَا إِذَا أَرَادُوا فِتْنَةً أَبَيْنَا Yang bermaksud: Sesungguhnya satu kaum enggan bersama kami. Apabila mereka ingin menimbulkan fitnah mereka enggan bersama kami. Baginda mengungkapkan kata-katanya dengan suara yang lantang.info
    Hadis Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah mendatangi kami ketika kami sedang menggali parit dan memunggah pasir dengan memikulnya, lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Ya Allah! Tidak ada kehidupan yang kekal sama sekali kecuali kehidupan di Akhirat, oleh itu ampunilah orang-orang Muhajirin dan Ansar.info
    Hadis Anas bin Malik r.a: Sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda: اللَّهُمَّ لَا عَيْشَ إِلَّا عَيْشُ الْآخِرَهْ فَاغْفِرْ لِلْأَنْصَارِ وَالْمُهَاجِرَهْ Yang bermaksud: Ya Allah! Tidak ada kehidupan yang kekal sama sekali kecuali kehidupan di Akhirat. Maka ampunkanlah orang-orang Ansar dan Muhajirin.info
webmaster@mymasjid.net.my