Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Jihad Dan Strateginya > Bab Peperangan Uhud
    Hadis Sahl bin Saad r.a: Sesungguhnya beliau telah ditanya mengenai luka yang dialami oleh Rasulullah s.a.w dalam peperangan Uhud dan katanya: Muka Rasulullah s.a.w terluka, gigi hadapan baginda patah dan baginda terluka di bahagian kepala. Maka Fatimah puteri Rasulullah s.a.w yang membersihkan darah. Sementara itu Ali bin Abu Talib menuangkan darah tersebut ke dalam sebuah bekas. Ketika Fatimah membasuhnya dengan air, ternyata darah semakin banyak keluar, lalu beliau mengambil sebidang tikar dan membakarnya sehingga menjadi abu. Kemudian Fatimah meletakkan abu tersebut pada luka baginda sehingga darah tidak lagi keluar.info
    Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Sesungguhnya aku seolah-olah melihat Rasulullah s.a.w sedang menceritakan sebuah hikayat tentang salah seorang Nabi yang dizalimi oleh kaumnya sendiri. Baginda menyapu darah pada mukanya dan berdoa: Wahai tuhanku, berilah keampunan kepada kaumku, sesungguhnya mereka memang tidak mengetahui.info
webmaster@mymasjid.net.my