Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Jihad Dan Strateginya > Bab Peperangan Taif
    Hadis Abdullah bin Amru r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah mengepung penduduk Taif tetapi tidak mendapat apa-apa hasil dari pengepungannya tersebut. Seterusnya baginda bersabda: Insya Allah kita akan kembali ke Madinah. Para sahabat membantah: Mengapa kita harus kembali? Kita belum dapat menaklukinya. Rasulullah s.a.w bersabda kepada mereka: Pergilah kamu berperang. Mereka pun mencubanya sehingga mereka mendapat kecederaan. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Besok kita akan kembali. Para sahabat hairan dengan sabda baginda. Sementara itu Rasulullah s.a.w hanya tersenyum.info
webmaster@mymasjid.net.my