Indeks Kitab
Sahih Muslim > Kitab Jihad Dan Strateginya > Bab Orang Orang Muhajirin Memulangkan Pemberian Berupa Pokok Dan Buah Kurma Kepada Orang Orang Ansar Ketika Mereka Sudah Tidak Memerlukan Lagi Kepada Pemberian Tersebut Kerana Mekah Sudah Dapat Ditakluki
    Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Ketika orang-orang Muhajirin datang dari Mekah ke Madinah mereka tidak memiliki apa-apa pun. Manakala orang-orang Ansar pula memiliki tanah dan kebun-kebun yang luas. Orang-orang Ansar telah membahagikan tanah-tanah atau kebun-kebun tersebut kepada saudara-saudaranya itu dan mereka akan mendapat separuh hasilnya pada setiap tahun. Mereka juga menyediakan pekerjaan dan membiayainya. Ibu Anas bin Malik atau yang biasa dipanggil dengan Ummu Sulaim dan Ummu Abdullah bin Abi Talhah adalah saudara seibu Anas. Ummu Anas bin Malik pernah memberikan pokok kurmanya kepada Rasulullah s.a.w. Kemudian Rasulullah s.a.w memberikan pokok kurma tersebut kepada Ummu Aiman khadam perempuannya, iaitu ibu Usamah bin Zaid. Ibnu Syihab telah berkata: Aku pernah mendapat cerita dari Anas bin Malik, sesungguhnya Rasulullah s.a.w ketika selesai dari peperangan Khaibar terus pulang ke Madinah, baginda melihat orang-orang Muhajirin mengembalikan semula pemberian-pemberian yang pernah mereka terima dari saudaranya kaum Ansar. Begitu juga dengan Rasulullah s.a.w, baginda telah mengembalikan kepada ibuku pokok kurma yang pernah diberikan oleh Ummu Aiman kepada tuannya.info
webmaster@mymasjid.net.my